Monday, December 18, 2017

Kek Lobak Merah


Kek carot, saya buat minggu lepas untuk tetamu hubby yang datang atas urusan kerja. Kek ni tak berapa nak sejuk masa letak topping sebab saya start baking agak  lambat....almaklumlah weekend banyak benda yang nak kena settle.

Resepi kali ni saya perolehi daripada Ayu Little Kitchen. Sangat berpuashati dengan hasilnya. Anak2 pun suka. Untuk tahan lama, kek ni saya simpan dalam peti sejuk.


Kek lobak merah (carot cake)

Bahan A:

1 1/2 cawan minyak jagung
4 biji telur
120g gula castor
120g gula perang

*pukul semua bahan guna whisk hingga gula larut

Bahan B:

250g tepung gandum
1 sdt soda bicarbonat
2 sdt baking powder
 2 sdt serbuk kayu manis
1/4 sdt garam halus

*ayak semua bahan

Bahan C:

1 cawan kismis hitam
1 cawan kacang walnut (cincang)
1 1/2 cawan carrot parut & cincang

*gaulkan semua bahan

#satukan semua bahan A, B & C dalam satu bekas. Then tuang dalam loyang. Bakar 1jam 150-160C @ sehingga kek masak.

Creamcheese topping:

250g creamcheese (tatura)
120g gula castor
120g butter

*pukul hingga sebati

Untuk carrot, ambil sedikit adunan cheese ini dan warnakan hijau & oren. Bentuk guna piping bag je kalau nak decolah...kalau tidak dah sejuk potong terus ngap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...