Monday, December 4, 2017

Ayam Masak Merah Simple


Ayam masak merah versi simple dimple. Kali ni tak letak kari dan rempah tumis sebab nak cepat. Penduduk semua dah kelaparan. Kesian diorang, asyik masak lambat jer sebab sibuk dan kepenatan mengemas rumah yang tak siap2 lagi ni.


AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Daun Sup dan Daun Bawang -hiris

Bahan B
15 tangkai cili kering ~ kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik

Bahan C - Optional (kali ni saya tak letak)

4 biji tomato ~ potong baji (optional)
1 sb rempah kari daging @ rempah daging masak hitam

Rempah tumis :-
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar, rempah kari hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos dan kacau sebati.

Masukkan ayam, tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan seketika. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan tutup api. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...