Monday, December 4, 2017

Brownies


Antara tempahan yang sempat disiapkan minggu lepas dan sebelumnya....Alhamdulillah. Sesekali terima tempahan kawan-kawan. Saya buat selepas balik kerja. Setakat satu dua tempahan kek boleh lah diterima, maksimum 3 biji satu malam kalau hari bekerja.


BROWNIES

400 gm coklat coklat compound
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
100 gm tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.

Satukan coklat dan mentega, dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Satukan juga tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan kacau rata.

Kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...