Wednesday, January 7, 2015

Sambal tumbuk jawa dengan lempeng



Sarapan pagi ala kampung. Menu simple jer tadi kenyang sampai ke petang....hidangan ni femes kat restoran wak dol, bezanya kat situ sambalnya sedikit cair....


Sambal tumbuk

1 mangkuk kecil ikan bilis (goreng garing)
20 biji cili padi  + 5 biji cili hijau (goreng layu)
2 biji bawang holland (goreng layu)
Garam dan gula secukup rasa.

**** bila menggoreng cili kuali kena ditutup untuk elakkan cili meletup. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis seketika. Tambah 1/2 cawan air supaya sedikit berkuah.


Lempeng lembut

2 cawan tepung
2 cawan air
1 biji telur 
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan adun sebati. Tapi adunan jika berketul. Panaskan.kuali leper. Tuamg sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan adunan. Biarkan masak dan terbalikan sebentar. Angkat dan ulang proses melempeng hingga selesai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...