Tuesday, January 20, 2015

Ikan keli tumis sambal hijau

Cili hijau tengah banyak stok kat dalam esbog tu....sebelum rosak kena guna cepat2.....tu yg asyik tumis cili hijau jer dari semalam...hahaha....

Ikan keli ni kesukaan anak, terutama yg sulung...


Resepi ikan keli tumis sambal hijau

6 ekor ikan keli (bersihkan dan lumurkan dengan air asam jawa/cuka masakan/belimbing buluh masak dan biarkan selama setengah jam untuk menghilangkan hanyir ikan sungai)
*Serbuk kunyit + garam + sedikit tepung gandum

Bersihkan ikan dan gaul dengan * hingga rata. Goreng garing dan toskan, susun dalam bekas hidangan. Ketepika 

Bahan tumis

1 biji bawang besar dihiris bulat
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*8 biji cili hijau
3 batang serai diketuk
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk kasar *. Tumis * dan serai hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Tumiskan hingga bawang sedikit layu. Tuangkan ke atas ikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...