Friday, January 2, 2015

Roti yogurt

Kali ni misi menghabiskan stok yogurt pulak. Cu resepi myresepi ni pulak. Dohnya lembut. Elok jer naiknya dan memang halus lembut...gebus...suka saya.... separuh saya letak inti kacang merah. Separuh lagi plain jer....tabur cheese skit kat atas... saya tak sapu telur....jadi tak nampak cantik berkilat....sayang pulak nak pecahkan sebiji telur AA....nak guna sikit sangat.

Roti loyang bulat ni terlebih bakar.....terleka jap tengok tv. Tapi dah habis pun...tak sempat sejuk...

Roti yogurt

Bahan2nya

250 tepung roti
100 gm yogurt
60 gm susu segar
25 g telur (1/2 biji)
20 gm gula (saya letak 30 gm)
3 gm garam
30 gm margerin
2.5 gm yis

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali margerin. Uli sebati dan masukkan marjerin. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab.Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Lepas tu bulat2kan, susun dalam loyang. Biarkan naik 2 X ganda. Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...