Bekalan air terputus sejak tengahari......nasib baik sempat memasak juadah tengahari. Lepas la santapan kami sekeluarga....malam nanti ada bubur lambuk.....jadi settle bab makan. Sampai ke petang masih takde air....tunggu pulak malam pun takde juga....Niat meroti diteruskan juga untuk sarapan dan bekalan aktiviti esok hari.... Saya masih kekalkan penggunaan resepi roti yogurt utk bun burger ni......saya buat dua saiz, saiz mini untuk burger mini anak2 dan saiz biasa untuk dewasa....
Roti burger
Bahan2nya
500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening.
Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat
ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik. Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala
lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya, bulat2kan ikut saiz yang diingini, susun atas tray. Biarkan naik 2 X
ganda, sapukan campuran putih telur dan susu, tabur bijan. Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu
oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.
Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut
arahan BM. 1 jan 30 minit kemudian siap doh yg boleh dibentuk ikut citarasa....
No comments:
Post a Comment