Sunday, January 4, 2015

Puding roti pisang


Petang ni sesi menghabiskan roti dan pisang tanduk pulak.....nak buat bingka roti santan takde...malas pulak nak guna tepung...akhirnya ini lah kejadiaannya....puding roti pisang berkuah kastard.

Puding Roti pisang

Oleh: zulfaza love cooking

Bahan bahan:

6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis (kalau suka)
1 biji pisang tanduk hiris nipis

Cara cara:

Satukan semua bahan kecuali roti dan kismis. Pukul supaya sebati. Jangan sampai telur kembang. Agak2 elok bersatu jer.  Masukkan roti dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Taburkan kismis antara lapisan, tuang adunan susu dan tekan2 skit supaya ianya terendam. Susun pisang di atas puding.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.

(Nak sedsp rendam roti tu lama skit sebelum bakar)

Kuah kastard

1 sudu besar tepung kastard
1 sk esen vanila
2 cawan susu segar
gula secukup rasa.

satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...