Tuesday, January 27, 2015

Apam kampung menu minum petang

Tengok orang pos gambar apam kampung, terus jer ke dapur bancuh apam......sedap dan ringkas jer resepi ni....pewarna atas perisa boleh tambah ikut citarasa...

Apam kampung

4 cawan tepung gandum
4 cawan air suam (rendam bunga telang dengan air panas - jumlah bunga ikut citarasa)
1 cawan gula
1 paket yis (11gm)

Satukan semua bahan, gaul sebati dan perap dlm bekas yg ditutup selama 1-3 jam. Kukus dalam loyang  atau acuan yang dioles minyak selama 15 -30 minit.

Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul  sedikit garam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...