Friday, January 16, 2015

Roti benggali.....ka roti paun?

Semenjak dua menjak ni rajin sungguh saya meroti.....anak2 pun suka makan....buat jer habis.....buat jer habis....smlm dua kali buat roti paun nih...pagi sebelum pg kerja dah menggodek BM.....mlm sekali lagi....utk sarapan dan bekal sekolah.......Saya masih kekalkan penggunaan yogurt sebab mcm sesuai dengan selera anak2...


Roti paun aka roti benggali
Bahan2nya
500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik. Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan masukkan doh dalam loaf pan.  Biarkan naik 2 X ganda.  Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM. 3 jan 15 minit kemudian siap la roti paun saya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...