Thursday, January 8, 2015

Kek karot

Minum petang ngan kek karot idaman kalbu....konon nak jaga kesihatan....guna organic molasses sugar. Bau kulit kayu manis semerbak bila dibakar sampai ke tingkat atas....saya tambah 1/2 cawan serbuk badam (saya tambah dalam adunan) dan kepingan badam (tabur kat atas) sebab takde stok walnut.

Bahan2 (adunan penuh) :

2 1/2 cawan parutan karot 
4 biji telur 
1 cawan minyak masak
1 3/4 cawan organic molasses sugar
2 cawan tepung gandum 
1 cawan kelapa kering
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 1/2 sudu teh baking powder 
2 1/2 sudu serbuk kayu manis 
1/2 sudu teh serbuk buah pala (saya tak letak)
1 sudu teh esen vanilla 
1/2 sudu teh garam 
1 cawan kacang pecan atau walnut yg dicincang

Cara2 :

1) Tepung, soda bikarbonat, baking powder, serbuk kayu manis, nutmeg dan garam semua diayak sekali. 
2) Pukul telur, minyak dan gula hingga sebati. Guna hand whisk je... guna senduk kayu pun boleh.
3) Masukkan campuran tepung dan kelapa parut sedikit demi sedikit ke dalam adunan (2) 
4) Masukkan esen vanilla, carrot dan kacang. Kacang hingga sebati. 
5) Masukkan ke dalam bekas/tin yang sudah dilengser dengan minyak atau dialas baking paper dan bakar dengan kepanasan 160-180C (ikut oven) selama 40-60 minit (oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...