Friday, January 31, 2014

Apam nasi pandan

Dah lama tak buat apam nasi. Dalam group masakan tu members asyik dok posted gambar apam yg gebus dan mengancam. Nasi sejuk tengah banyak dlm peti ais tu. Sejak kukus trio rosak, kuih2 kukus ni jarang nak buat. Dulu masa trio tu ada senang. Satu dua round kukus dah siap. Loyang dia besar. Nak cari ganti sampai la tak pergi.

Tapi hari ni tekad nak buat dari pagi, cuma enginnya start dah dekat kul 4. Malam nanti baru boleh kukus. Kali ni guna pewarna asli....daun pandan. Harum jer.....best.😆😄😍

Bahan2nya
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis Mauripan 
Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 


Perap 3-4 jam.

Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus.
Hidang dengan kelapa parut.

Acuan : Lompang atau ikut citarasa -sapu minyak.
Masa Kukus : 15 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...