Friday, August 30, 2013

Tomyam Asli Thai

Resepi ni saya dapat daripada my resepi dan saya tambah petua yang diperolehi daripada seorang sahabat. Malam tadi sempat buat paste dia jer...ingat malam ni baru nak masak tomyamnya....

Update : anak2 n suami kata sedap....ok ler tu.. yg gambar tomyam dua terawal tu lupa letak susu. Yg ketiaga tu baru tambah....

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • ***PERENCAH TOMYAM***
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu udang kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam 
           
  • ***SUP TOMYAM***
  • 1/4 ekor ayam
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (potong enam)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi
  • garam
  • daun ketumbar
  • air basuhan kedua beras (saya tambah berdasarkan petua yang diberikan oleh seorang sahabat yang katanya diperolehi daripada tauke gerai tomyam yang sedap)            

Cara-cara

  1. Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambik..
  2. Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air basuhan kedua beras. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.
  3. Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
  4. Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
  5. Tomyam sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...