Friday, August 30, 2013

Kek Susu

Resepi ni saya cnp dari my resepi. Sedap kek ni...gebu jer....mkn pulak masa panas2. Saya buat versi bakar sebab malas nak mengukus sejak kukus elektrik yg besar tu rosak.

Saya guna suhu 170ÂșC selama 1 jam lebih kurang. kalau yg nak tambah pewarna atau perisa lain pun boleh. Ikut la cita rasa masing2 yer. Walaupun dibakar kek ini tetap lembab selepas disejukkan semalam.

Susu Pekat Manis Home made

500ml susu segar

100ml gula* (* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

1 sb mentega tulen

1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Masukkan mentega. Kacau hingga sebati dan mentega cair. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.

2. Berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan guna api yg besar.

Kek Susu Kukus/Bakar

Bahan-bahan ( 1 keluarga )
250 g butter
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air

Cara-cara

Pukul butter dgn gula hingga kembang
Masuk kan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masuk kan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan 1/2 cawan air.
Masuk kan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelak kan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.
Sejukkan sebentar dan sedia di hidang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...