Saturday, August 24, 2013

Laksa nyonya melaka

Menu untuk tetamu hari ni ialah Laksa Nyonya Melaka - Eida @ astrogempak dan blog the wong list. Saya combined dua resepi dan nampaknya cubaan itu menghasil reswpi yang sedap. Seronok bila tengok tetamu yang datang makan bertambah. Tak sia2 cuba resepi nih.....


Laksa nyonya

Bahan-bahan A:
200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering - boleh kurangkan, letak 6 tangkai pun dah pedas.
60 gm udang kering
1 sb serbuk ketumbar dan 4 tangkai daun kesum - saya tambah (ikut resepi dari blog the wong list)
Bahan-bahan Lain:
Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar * tambah kerang, fishball
1 liter santan
250 ml air - boleh tambah (saya guna air rebusan udang untuk kisar kepala dan kulitnya dan tapis)
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa
Bahan-bahan Hiasan:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Tauge
Daun kesum dihiris
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus
* tambah tauhu goreng
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...