Sunday, August 4, 2013

Tart nenas berkeju

Resepi ni ambil dari Kak fida@myresrpi. Sajer nak mempelbagaikan resepi tart sedia ada....tukar2 citarasa. Takkan tiap tahun buat resepi sama jer. 

Bahan-bahan ( 80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart. )

Bahan2 doh tart:-

450 g mentega - lembut
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
100 g gula halus (saya guna gula icing)
100 g keju- diparut dan dilecek
1 kg tepung gandum - ayak
1 sk esen vanila

Bahan2 inti :-

2 biji nenas - diparut
450 g gula pasir
1 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)
2 sb mentega/majerin

Cara-cara

Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.
Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan.

Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.

Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya.

Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...