Friday, August 2, 2013

Nasi Goreng Bollywood USA

Resepi asal nasi goreng bollywood ni daripada Chef Zaidah tapi sumber yg saya ambil dari azlita masam manis. Saya tak masukkan ayam sebab saya masak daging masak merah. Jadi garam masala dan lada hitam  saya tumiskan sekali dgn bawang2 tu.


Saya juga tak masukkan mix vegi sebab anak2 kurang gemar. Penat nanti nak dipilih. Saya juga gunakan fresh tomato....takde stok tomato puri. Jadi warnanya agak pucat sedikit berbanding penggunaan tomato puri.



Nasi goreng bollywood

2 sudu besar garam Marsala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
150 gm daging ayam ~ di bersihkan dan cincang atau potong kecil
Sedikit minyak masak
2 sudu besar puri tomato ~ saya pun guna tomato buah
1/2 biji lada bengala oren ~ buang empulur dan dadu kecil - tak letak pun
80 gm sayuran campur - letak karot jer
5 cawan nasi

Bahan Hiris

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau

Campurkan daging ayam bersama garam marsala, garam dan lada hitam
Perapkan selama 10 minit
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris hingga wangi
Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan kacau rata hingga ayam masak sempurna
Kemudian masukkan puri tomato, gaul rata
Selepas itu masukkan lada bengala dan sayuran campur.
Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sehingga rata
Sedia dihidangkan.



Daging masak merah

1 kg daging harimau menangis/daging rose - dihiris nipis dan direbus hingga empuk dengan sedikit pewarna makanan merah dan halia

Hiris
1 inci halia
5 ulas bawang putih

2 biji bawang besar - potong bulat
2 batang serai - di ketuk
5 helai daun limau purut
2 sb cili boh
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
Karot/bunga kobis jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
------
Tumis bahan hiris kecuali bawang hingga kekuningan.
Masukkan cili dan serai.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos2. Gaul sebati.
Masukkan daging. Kacau rata. Masukkan sedikit air atau stok rebusan daging.
Biar seketika, kacau sekali sekala.
Masukkan garam dan gula secukup rasa serta bawang dan daun limau purut.
Kacau sebati dan masak selama 2-3 minit.


##### hidangkan dengan telur mata kerbau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...