Sunday, August 25, 2013

Puding trifle untuk jamuan di pejabat


Bahan2
Kek gulung (selalunya saya guna perisa kopi atau coklat)Potong lebih kurang seinci tebal dan susun dalam bekas.Basahkan sedikit dengan jus/air dari buah-buahan campuran.


Untuk Kastard
3 sb tepung kastard
1 liter susu segar + air (kalau suka lemak guna susu sepenuhnya)
3 sb gula (boleh lebihkan kalau suka manis)
secubit garam
-------
Masak hingga likat/berkilat. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.Tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi kek tadi.

1 tin buah-buahan campuran/laici/longan
-----
Toskan airnya dan tabur buah di atas kastard.

Untuk jelly
2 kotak kristal jelly ( saya guna jenama jela perisa strawberry)
800 ml air
------
Masak ikut arahan dikotak. Tuang di atas buah2 campuran. Sejukkan sebelum dimakan untuk lebih nikmat....heheheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...