Wednesday, August 7, 2013

Kek lumut versi II

Kek Lumut II resepi : DayangJack@Dapurku Sayang. Bezanya dengan kek lumut 1 tu, yg ni letak serbuk badan n tak letak sekaya.....

Buat ni untuk wed anniversary yg kebetulannya jatuh pada hari raya pertama esok. Pewarna hijau kurang sbb paste kope2 tu dah tingga skit. Tapi takpe janji jadi kek gak.. .

bahan-bahan : loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
3/4 cawan gula kastor 
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
1 cawan susu pekat manis

Cara-cara : Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 

Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.  Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 

Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil).  Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)  Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...