Saturday, May 4, 2013

Nasi cili hijau

Idea memasak nasi hijau ni lahir dari member2 masa sedang berkursus 5S. Dari cerita member tu nasi ni memang sedap tak terkata. Dua tiga orang member dah pun mencuba dan feedbacknya sungguh awesome...
Disebabkan perasan teruja yg amat sangat semalam balik jer opis saya pun membeli la apa yang patut terutamanya cili hijau.
Dari bau jer dah tau mesti best. Bila dah masak tak sabar nak rasa. Best tu memang best, sesuai dengan baunya tapi fuhhhh pedasnya cili hijau tu. Jadi awas yer...jumlah cili kena ikut kepedasannya dan cita rasa memasing. Utk mencantikkan nasi tu saya titiskan sedit pewarna hijau....
Gambar kat blog ni kelam kabut sijit sebab saya guna hp utk upload n update blog....nanti dikesempatan lain saya akan edit n susun ikut step yg betul yer....
Bahan2nya
3 cawan beras basmati (dibersihkan, direndan 10 - 30 minit dan toskan)
1 cawan susu segar 2 cawan air
1 inci halia (potong panjang dan halus)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
10 biji cili hijau - boleh lebih atau kurangkan bergantung kepada kepedasan cili (dikisar jgn terlalu halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak + 2 sb minyak sapi untuk menumis
Sedikit pewarna makanan hijau.
Cara2 nak masak
Panas kan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan cili hijau dan tumis hingga cili naik bau tutup api.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan bahan tumis, susu, air dan garam. Kacau rata dan tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, titiskan pewarna makanan dan biarkan sebentar.
Siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...