Saturday, May 4, 2013

Nasi serai

Semalam masing2 member sekursus borak2 pasal menu utk dimasak hujung minggu nih. Dengan nasi hijaunya la...nasi daging la....nasi inai la.... Tadi member sorang tu hantar message kat whatsapp dia dah cuba nasi hijau. Saya pulak pilih untuk buat nasi serai. Utk nasi ni saya tukarkan minyak utk menumis tu dengan minyak sapi.

Sedap mewangi nasinya. Untuk pewarna pulak saya guna warna warni. Teruja sungguh anak2 tengok nasi tu ada macam2 warna. Lain kali saya buat nasi hijau pulak ye... Kena cari cili hijau banyak2 untuk menghijaukan nasi tu...

NASI SERAI
by: Kak Shahriah MCM

BAHAN-BAHANNYA :
3 pot beras
air secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
minyak (boleh ganti minyak sapi atau mentega)
sedikit pewarna kuning

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN TUMIS :
4 batang serai *titik*
1 batang kulit kayu manis *1 inci*
1 biji bunga lawang
7 biji bunga cengkih

CARA :

Panaskan sedikit minyak,
Masukkan *BAHAN TUMIS* DAN *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan dan kacau sebentar. Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya, garam dan tanak sehingga nasi masak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...