Thursday, May 23, 2013

Kari ayam indonesia

Rasanya ala2 rendang...Sumber resepi : kak roy. Cuba jangan tak cuba...enaknya...

Bahan2nya
1 ekor ayam
* 4 biji Bawang besar
* 3 inci Halia
* 2 inci kunyit
* 1 labu bawang putih
* 1 sb Jintan manis
* 1 sb Ketumbar
* 7 biji Cili merah (saya guna cili padi dalam 15 biji)
* 10 biji buah keras
3 batang Serai dititik
5 helai Daun salam
1 helai Daun kunyit dicarik kecil
5 helai Daun limau purut dicarik kecil
1 liter santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

-------
Kisar * hingga halus. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.
Masukkan santan dan garam,  masak hingga ayam betul2 empuk. 
Masukkan daun2 dan masak selama sepuluh minit hingga kari agak pekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...