Friday, May 17, 2013

Ikan Baung Masak Asam Tempoyak.

Kitorang kat kampung dulu panggil gulai masam tempoyak. Buatnya senang. Malas nak taip saya cnp resepi dari azie's kitchen ni. Ejas sikit2 jer. Sebelum ni pun pernah share resepi tapi guna ikan patin.

Bahan :
1 ekor ikan baung 
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih 
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika guna tempoyak baru
garam secukup rasa

Cara :
Bersihkan ikan, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan sungai ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.  
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan. 
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...