Thursday, May 16, 2013

Kek pelangi kukus

Saya cnp resepi ni dari blig Sinar kehidupan. Memang pilihan yang tepat. Keknya lembut dan sedap sbb ada kaya dan susu pekat. Kek ni satu bacuhan sikit jer. Loyang pun guna 7 x 7 jer. Kalau2 rasa tak cukup gandakan ajer bancuhannya. Konon nak buat cake in the jar tapi memandangkan jar takde buat dlm bekas jernih tu jer....ok ler jugak...
Kek ni buat utk anakanda bawa gi sekolah sempena hari cikgu....pelanginya dah hilang rupa...pelangi dinihari gitu ler kejadiaannya....yg sepasang lagi tu dah rupa play doh pun ada....hahaha. Dah kul satu pagi pun. Sementara kek nak sejuk, eloklah saya zzzzzzzz kejap. Kang pagi nak bangun untuk mendeko ala kadar sebab keknya terbubuh tinggi sangat.
Tapi serius sedap. Mcm kek sarawak jer...
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
3 biji telur ¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
Bila sebati, bahagikan kepada 7.
Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...