Saturday, May 4, 2013

Filet ikan bersos lemon

Dari minggu lepas teringin nak masak ikan bersos lemon nih. Lemon dah dibeli dari minggu lepas lagi, tapi harini baru dibuat. Sedap kalau makan cenggitu jer... Nak makan dengan nasi pun ok jugak. Ikan ni saya padankan dengan nasi serai. Rasa masam manis dan lemak tu sesuai sangat dengan ikan garing salut tepung tu...

Filet Ikan Dori Bersos Lemon
by: TryMasak

Bahan untuk filet ikan
Filet ikan dori (1 keping)
Tepung gandum (2 1/2 cawan)
Air (1 liter)
Minyak - untuk menggoreng (secukupnya)  Serbuk penaik (2 sudu besar)
Garam (1 sudu besar)
##Saya tambah 1 sb serbuk cili dan 1 sb serbuk lada hitam##

Bahan untuk Sos Lemon

Susu segar (1 cawan)
Lemon - diambil jusnya (1 biji)
Parutan kulit lemon (1/2 sudu kecil) 
Bawang putih - dicincang (1 ulas)
Mentega (2 sudu besar)
Gula perang (1 sudu kecil)
Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)

Sediakan Ikan; Campur tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kacau rata dan curah air sedikit demi sedikit.
Gaul lagi hingga adunan sebati dan tidak berketul.

Kepingan ikan dicelupkan ke dalam tepung gandum, diikuti dengan adunan campuran tepung dan kemudian sekali lagi celup rata bersama tepung gandum.

Goreng filet ikan ini hingga garing keemasan.

Sediakan sos lemon;

Tumis bawang putih hinga wangi. Curahkan susu segar, parutan kulit lemon dan jus lemon.

Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.

Perlahankan api dan masukkan gula perang. Kacau rata dan biar mereneh beberapa ketika.

Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.

Curah sos lemon pada ikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...