Sunday, May 5, 2013

Coklat muffin

Muffin  ni request dari anakanda2 sbb tengok kat majalah adik muslim yang saya baru belikan semalam. Budak2 ni beriya-iya....tiap kali nampak resepi mesti suruh ummi dia masak.

Ok resepi ni, tekturenya agak kering sikit agaknya kalau kukus lebih moist. Budak2 suka jer...yg ummi2 lain kalau anak2 suruh cuba resepi buku kartun, boleh la cuba....

Bahan2

1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung (guna minyak saji jer)
1 1/2 cawan gula perang
3 biji telur
*2 1/2 cawan tepung gandum
*1 st serbuk penaik
*1 st bikarnonat
*3 sb serbuk koko
200 ml susu segar (vanilla atau coklat)
Sedikit coklat cip utk hiasan (takde so tak letak)

------
Panaskan oven pada suhu 170°C 15 minit sebelum membakar muffin.
Ayak *.
Pukul mentega,minyak dan gula hingga gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul hingga kembang.
Masukkan tepung dan selang selikan dengan susu.
Masukkan dalam cawan kertas dan tabur chip di atasnya. Bakar selama lebih kurang 20 minit atas hingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...