Sunday, March 4, 2012

Pau


Guna resepi dari blog member...siti
copi pes je ye siti....
Uli guna breadmaker...

Bahan A
300g tepung Hong Kong (saya guna tepung pau)
1 sudu kecil yis kering
50g gula kaster
150g susu (saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
Secubit garam - jgn dekatkan garam dengan yis ye..
1 1/2 sudu besar shortening

Bahan B
1 sudu kecil baking powder (Double Acting)
1 sudu besar air

Cara2 (cara ni ikut suka saya..):

1) Campurkan kesemua bahan A dan uli sampai halus.
2) Tutup bekas berisi doh dengan plastik cling. Biarkan sampai jadi 2 kali ganda atau selama 45-55 minit (ikut cuaca).
3) Campurkan baking powder dan air (Bahan B) dan tuang sedikit2 pada doh sambil menguli. Uli sampai doh sebati dan tak melekat
4) Rehatkan doh selama 15 minit lagi (ikut asal di tutup semula dgn plastik, tapi saya tak buat..)
5) Bahagi2kan doh kepada 10 bahagian kecil atau ikut suka nak besar mana. Isikan inti kegemaran anda. Saya letak inti kacang dan coklat.
6) Biarkan lagi selama 30 minit
7) Kukus selama 10-15 minit dan pastikan air dah mendidih sebelum mengukus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...