Thursday, March 29, 2012

Bingka crackers

Dah siap adun...ready untuk dibakar...
baru masak....kena tunggu sejuk baru ble potong..

haaaa,,,dah ble ngap...
Resepi asal yang saya tengok kat blog mat gebu...sedap....

1 cwn gula
140 gm biskut crackers (biskut 4 segi/biskut lemak)
85 gm tepung gandum
710 ml santan/susu
2 sb mentega (cair dan sejukkan)
1 sk pandan paste
Secubit garam
Bijan untuk hiasan

Olahan saya
3/4 cawan gula
150 gm biskut Ritz crackers
95 gm tepung gandum
710 ml santan (daripada sebiji kelapa)
2 sb mentega (cair dan sejukkan)
1 sk pandan paste (boleh diganti dengan 10 helai daun pandan yang dikisar dengan kelapa parut atau air pandan + santan = 710ml)
Garam omit sebab ritz cracker dah masin
Bijan untuk hiasan.
--------------------
Masukkan semua dalam blender dan kisar hingga sebati.
Tuangkan dalam loyang 8"X 8" yang telah dioles dengan mentega dan minyak masak.
Bakar pada suhu 160 celcius selama lebih kurang 45 minit - sejam.


------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...