Friday, March 2, 2012

Kek Strawberry




Buat untuk besday hubby....diam2 buat projek kat dapur ngan anak2....
Kek Strawberry Mat Gebus.......

Bahan Kek
(Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate (saya letak 1 sb)
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco
Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling (i xde so guna strawberry topping tuk ice cream + strawberry slices)Chocolate curls (gantikan ngan choc)
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice ( i guna badam cincang yg dibakar)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba..
Resepi 2
Strawberry Blended Cake...ok gak cam oren blended tu...

Bahan A:
100 gm buah strawberry
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
Bahan B:
1 st perisa strawberry
1/2 st pewarna merah
2 cawan tepung gandum*
2 st baking powder* (*diayak bersama)
Cara-cara:
Panaskan oven 170'C. Alaskan loyang berukuran 8" dengan baking paper, sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
Kisar halus semua bahan A.
Masukkan perisa strawberry atau strawberry emulco dan pewarna merah, kacau rata menggunakan spatula.
Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit-sedikit, kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
Hiasan:
sedikit filling atau jem strawberry, belah dua kek dan sapukan bahagian pertama (bawah)kek dengan jem atau filling, kemudian lapikkan bahagian atasnya.
beberapa biji buah strawberry segar di belah jangan putus letakkan di atas kek
ayakkan sedikit gula aising.. sedia dihidang.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...