Monday, March 26, 2012

Pengat labu biji nangka


Bahan-bahan

1/2 biji labu manis dibuang kulit dan potong sederhana besar (dicelur 10 minit dan toskan)
1 biji kelapa parut dijadikan2 liter santan
Gula melaka seculup rasa
1 sk garam
2 helai daun pandan

untuk biji nangka

200 g tepung pulut
sedikit garam
air
pewarna (saya guna pandan paste)
-----------
Rebus labu lebih kurang 10 minit dan toskan.
Masukkan santan dan gula melaka dan daun pandan.
Ketepikan.
-------------
Panaskan air dalam periuk lain.
Bancuh tepung dengan air, garam dan pewarna sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada mangkuk.
Bentukkan macam guli atau apa2 bentuk pilihan dan rebus dalam air mendidih sehingga timbul. (Macam buat buah melaka).

Bila dah timbul angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam periuk yang telah diisi dengan santan, garam, gula melaka dan labu. Masak hingga mendidih.
Pastikan dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...