Monday, March 12, 2012

Mee Rebus



Bahan-bahan (10-15 orang)

2 labu bawang putih
1 inci halia
3 labu bawang besar
10-15 tangkai cili kering (rebus)
3 biji keledek sederhana besar
10 biji tomato
3 ketul ayam bahagian dada
4 ekor sotong
300 gm udang sederhana
5 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
5 liter air


2 kg Mee Kuning dicelur
Sawi dicelur
Tauge di celur
Tauhu digoreng dan dihiris kecil.
Bawang Goreng
Daun sup hiris kecil
Daun Bawang hiris kecil
Limau belah dua dan buangkan bijinya
Cili merah dihiris nipis
--------------

Kisar halus cili kering, bawang putih, halia dan 1 biji bawang besar.
2 biji bawang besar di hiris nipis.
Tumis bahan di atas hingga naik bau.
Masukkan sos cili.
Masukkan ayam yang telah dihiris kecil.
Masukkan sotong.
Kisar kepala udang hingga hancur dan tapis kulitnya.
Masukkan air kepala udang ke dalam periuk.
Masukkan tomato dan keledek yang telah direbus empuk dan dikisar halus.
Masukkan air dan tambah garam secukup rasa.
Setelah mendidih sebelum angkat masukkan udang dan biarkan mendidih 5 minit.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan mee dan hiasan2 pilihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...