Monday, March 26, 2012

Biskut Gajus

Resepi kak fida MYR tak mengecewakan...dengan sedikit ubahsuai..
Bahan
  • 250 g mentega
  • 140 g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 140 g gajus - panggang dan kisar halus
  • 380 g tepung gandum - ayak
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  • secukup kuning telur - utk sapu
  • secukup kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan

Cara-cara

  1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.Masukkan pula vanilli,emplex,baking powder,gajus kisar dan kacau sebati lagi.
  2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
  3. Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari,sapu kuning telur dan hias dgn kacang gajus.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.
  5. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...