Sunday, March 11, 2012

Burger Goreng

Bahan-bahan inti

1 kg daging cincang
7 ulas bawang putih (Tumbuk halus)
3 biji bawang besar (Cincang)
1 inci halia (Tumbuk halus)
3 sudu besar rempah kari
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

-------
Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau.
Masukkan rempah dan rumis hingga naik minyak.
Masukkan sos cili dan air asam jawa.
Masukkan daging.
Masukkan garam secukup rasa.
Masak hingga daging sebati dan inti tidak berair lagi.

-----
Roti burger secukupnya
Tepung gandum (dan kalau suka boleh tambah sedikit tepung beras)
Garam secukup rasa


Belah dua Roti Burger dan potong tengahnya (jangan sampai putus macam nak buat burger biasa tu. Sumbatkan intinya.

Celup tepung macam nak goreng pisang tu. Pastikan tepungnya tidak terlalu cair dan tepung melekat kat seluruh burger supaya minyak tak menyerap pada roti masa menggoreng.

Goreng hingga garing...

Tuskan dengan tisu/paper towel.

Hidangkan dengan sos dan mayo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...