Monday, March 12, 2012

Kasui


Resepi copi pes dari Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN A :-)
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat (saya guna 3 sb kicap pekat)
saya tambah 1 sb pandan paste

BAHAN B :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (saya guna air kapur)
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...