Sunday, March 18, 2012

Ikan masak pindang serani

Ni menu pilihan my hubby....selalunya dia la yang masak...hehehe

5 ekor ikan kembung sederhana besar.....(ikan lain pun boleh eg ikan belanak/sebelah dll)
10 biji cili api/ 3 biji cili masak
1 biji bawang besar belah 4
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 keping asam gelugur
1 liter air
10 biji kacang bendi
2 biji tomato
Garam secukup rasa

-----
Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, cili. kunyit hidup.
Tumiskan di dalam periuk sehingga naik bau. Masukkan serai dan asam keping dan tumis lagi.
Masukkan air, garam dan didihkan.
Masukkan ikan, bila ikan dah separuh masak, masukkan bendi. Biarkan masak.
Sebelum tutup api masukkan tomato yang dibelah dua/empat ikut saiz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...