Thursday, March 1, 2012

Kek Batik Arora


Macam bola pun ada..................Deco orang malas......



ni lebihan bancuhan....jadikan cupcake...

Hahahah...masa buat ni lupa masukkan telur....lepas pukul butter, gula, ovellete n susu terus masukkan tepung.....heran pulak kenapa bancuhan dia macam biskut je, keras semacam......tapi jangan panik, sebenarnya macam2 cara nak bancuh kek....bila terperasan telur tak masuk apa lagi...masukkan je la telur dan pukul je sampai kembang.....inilah hasilnya....ok jugak kannnnn....
Resepi: De Nuanza

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur (Saya guna 8 biji telu gred C)
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

Cara-Cara:-
Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan ke dalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...