Saturday, August 4, 2018

Kek oren kisar (Orange Blended Cake)


Kek rasmi kat opis....hahahhaha....kalau ada jamuan biasanya ada jer orang tempah kek oren ni. Sedap sangat kot.....hehehehe.....Alhamdulillah.

Orange Blended Cake @ ZLC
saiz loyang 9"

*3 biji telur gred A atau B ( biasanya saya guna 5 biji telur gred C)
*1 cawan minyak
* 1 sk garam (kalau guna salted butter cair tak perlu letak garam, ok)
*1 1/2 cwn gula
*1 biji buah oren - potong kecil, buang biji dan empulur tengahnya sahaja, kulit tak perlu buang, kisar sekali
*2 sb susu pekat

**2 cwn tepung gandum
**1 sudu besar baking powder

-------

Kisar * hingga hancur dan sebati.
**Ayak.
Tuangkan bahan kisar dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau sebati.
Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit kalau cupcake, dan  45 - 50 kalau dalam loyang tu...(masa membakar bergantung juga pada oven masing2 yer). Cucuk tengah kek dengan lidi atau cake tester kalau nak tahu kek dah masak atau belum. Tambah masa kalau masih basah.

Pulut serawa durian


Menu potluck semalam jugak nih......potluck la katakan....macam-macam menu ada. Yang berkaitan dengan pulut jer ada 5 jenis....pulut kuning kari daging, pulut kuning rendang ayam, pulut tanak dengan ikan rebus, pulut serawa durian, pulut inti.....haaaa....bermandikan pulut kami seopis semalam. Pulut serawa durian ni saya buat guna lebihan durian kenduri durian kat opis hari khamis aritu.....durian yang tak berapa sedap dimakan tu kumpul2 dapat la satu bekas....saya bawa balik dan leburkan jadi serawa. Pastu terajin pulak nak tanakkan sedikit pulut untuk dipadankan dengan serawa tu.


Serawa durian

Satu besen durian - kalau rajin boleh buang bijinya....kalau malas macam saya ni masakkan terus dengan biji2nya.
Gula dan garam secukup rasa
2 mangkuk santan sederhana pekat
Air secukupnya

Satukan durian, air, garam dan gula. Masak hingga mendidih dan gula hancur. Masukkan santan, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu selepas masukkan santan supaya santan tak pecah minyak. Jumlah santan dan air tu bergantung kita nak serawa yang pekat atau cair. Kalau kat kampung dulu2, kalau buat serawa ni untuk doa selamat atau tahlil, duriannya tak banyak mana, jadi kita tambah tepung gamdun skit nak bagi kuah pekat.

Pulut tanak

5 cawan pulut
5 cawan santan cair (atau air)
Garam secukup rasa

Satukan dan tanak macam biasa.


Pulut Kuning dengan Kari Daging Kerisik


Salah satu menu potluck kat opis yang ditempah oleh member pejabat. Kari daging dan pulut kuning.



Resepi Kari Daging Kerisik

Bahan2nya

1 kg daging, hiris nipis lawan urat
3 biji kentang potong 4
3 tangkai daun kari
2 sb rempah/pes kari + 1 sb serbuk cili

Hiris/tumbuk

3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Rempah tumis

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 biji buah pelaga
3 cawan santan
6 sb kerisik
5 sb air asam jawa

Garam dan.gula perang secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

1. Panaskan minyak di dalam periuk @ kuali.
2. Masukkan rempah tumis, daun kari dan bahan hiris. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan rempah/pes kari dan serbuk cili. Kacau sebati dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan masak seketika. Tambah air secukupnya.
    Masak hingga daging hampir empuk. Masukkan kentang.
5. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan air asam (boleh ganti dengan asam
    keping. Kacau rata dan masak hingga kentang empuk.
6. Masukkan santan dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
    Tambah air jika ingin lebih kuah.
7. Sedia dimakan dengan hidangan pilihan.



Resepi pulut kuning

1 kg beras pulut - basuh dan rendam dengan serbuk kunyit selama 3 - 4 jam atau semalaman (kalau guna pulut susu rendam sejam jer)
2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa) atau lebih ikut lembut pulut
Garam secukup rasa

Kukus beras pulut hingga masak. (Alas loyang dengan daun pisang atau pandan untuk mendapatkan pulut yang harum).

Tuangkan pulut yg dikukus ke dalam besen atau dulang. Arun pulut dengan santan pekat yang telah dimasukkan garam secukup rasa. (Tuang santan sedikit demi sedikit ke atas pulut sambil di kacau rata hingga pulut lembut dan berkilat). Kukus sebentar pulut yang siap di arun supaya tidak cepat basi.

Monday, July 30, 2018

Udang masak lemak dengan kacang panjang

Dah lama tak masak......tiga empat hari ni request abam sayam masakkan untuk anjer dia nih......suh masakkan tomyam la....suh masak bubur gamdum la.......sayam abam....hikhikhik.

Tengahari tadi anjer gagah2kan juga masak, versi xpress, gula blender dengan santan kotak jer....takde org kat umah....anak2 balik kang lapar pulok. Mulut pahit risau gak termasin ker tertawar pulak masakan....tapi alhamdulillah ok kata mereka.......walaupun kita rasa pedasmya menjobang.....dan tawaq habiaq jew.  #udangmasaklemakdengankacangpanjang


Udang masak lemak dengan kacang panjang

1/2 kg udang - buang kulit dan belah belakangnya (jika suka)
2 batang serai di ketuk
1 ikat kacang panjang - patahkan 2 inci panjang
2 mangkuk santan pekat
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur

kisar/tumbuk

3 biji cili masak dan 7 biji cili padi merah
4 ulas bawang merah
sedikit kunyit hidup

Satukan santan, asam keping, serai dan bahan tumbuk. Masak hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak. Masukkan udang dan kacang panjang. Masak hingga kacang lembut dan udang masak. Jangan masak lama sangat. Perisakan dengan garam secukup rasa, tutup api.


Tempoyak Kacau

Tempoyak kacau dengan ikan bilis dan petai.......dari pagi round pekan mencari petai....jumpa yang dah kecut tapi mahal gila.......tak jadi beli... Petangnya abam sayam ajak anjer pegi pasar malam.....penjual pertama nampak terus beli....yg dah agak kecut...4 ikat RM10....macam murah jer. Jalan2 lagi ke dalam banyak pulak penjual petai.....satu gerai tu jual 4 papan cuma 3 ringgit...fresh ya amat.....geram punya pasal beli lagi 2 ikat.....RM16 habis beli petai jer. Lepas geram.  Malamnya berjemaah dengan anak2 kopek petai untuk dibuat tempoyak kacau ni....puas hati dapat sekuali.....Bilisnya tak kelihatan.....petainya ajer yg tergolek2.....puas hati anjer....


Bila buat tempoyak kacau ni teringat kat arwah kakak.........durian fresh tak makan....dah busuk masam dia suka.....antara fav arwah kalau musim durian buat tempoyak kacau ni. Biasanya dia letak udang banyak2.....buat pedas2....berpeluh2 makan.


Menu pembuka selera bagi penggemar tempoyak dan petai...

Tempoyak Kacau (sambal tumis tempoyak ikan bilis dan petai)

2 mangkuk petai
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk cili padi (boleh ejas ikut citarasa - tak nak pedas kurangkan)
1 mangkuk tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk atau kunyit hidup
sedikit minyak

Tumbuk cili, kunyit  dan ikan bilis. Jangan terlalu lumat. Tumiskan hingga agak2 garing skit. Masukkan petai. Tumis sampai petai agak2 layu sedikit. Masukkan tempoyak. Kacau sebati. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.


Friday, July 27, 2018

Nasi minyak hujan panas


Menu majlis untuk kuliah mingguan dan majlis meraikan bakal jemaah haji 2018 kat surau. Masakkan ayam ros dan nasi minyak hujan panas ni jer. Kali ni memandangkan bajetnya agak terhad, saya guna beras biasa sahaja. Jadi bila guna beras biasa ni, tak perlulah direndam terlebih dahulu.....basuh, toskan dan terus masak bila air dah mendidih. Kuantiti airnya pun saya guna 1 kepada 1 sahaja.

Pewarna pulak saya tak la guna banyak sangat.....sekadar memberi sedikit keserian pada nasi cukuplah....tak perlu sampai setiap butir nasi diwarnakan.....

Nasi minyak hujan panas.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
1 camca besar minyak sapi + 4 camca besar minyak
Air + 1/4 cawan susu cair (1 cawan beras : 1 1/4 cawan air/cecair)

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, disimpul

pewarna merah, hijau, biru, kuning

Jika suka

Kismis untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum.  Masukkan air, susu serta garam secukup rasa dan biarkan mendidih. kemudian masukkan beras. Masak hingga airnya hampir kering. (masa air tengah banyak ni boleh kacau beras tu selalu) Perlahankan api dan letak pewarna. Tutup rapat penutup periuk. Biarkan 5 - 7 minit. Biarkan 10 minit. Bukak penutup dan kareh rata nasi.Boleh hidangkan.

Nasi kurma


Nasi minyak kurma....bukan buah kurma tapi rempah kurma. Tukar-tukar selera.....mempelbagaikan menu hidangan nasi. Biar tak jemu.



Nasi minyak rempah kurma


BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
1 biji bawang besar Holland, didadu
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
2 camca besar rempah kurma, bancuh dengan air, kacau hingga menjadi pes
2 camca besar mentega
Air rebusan ayam (1 cawan beras : 1 1/4 cawan air/cecair)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, disimpul
Kismis untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan

Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan mentega dalam kuali tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum, masukkan rempah kurma dan masak sekejap. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng 1 minit.

Alih kan beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam, tambah garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis. Biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis periuk nasi tadi. Biar sekejap. Cedok nasi, tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh hidangkan.

Cara saya : saya tumis rempah tumis, rempah kurma, bawang2 dan halia, serta daun pandan hingga terbit bau. Masukkan air serta garam secukup rasa dan biarkan mendidih. kemudian masukkan beras. Masak hingga airnya hampir kering. (masa air tengah banyak ni boleh kacau beras tu selalu) Perlahankan api dan letak pewarna. Tutup rapat penutup periuk. Biarkan 5 - 7 minit. Biarkan 10 minit. Bukak penutup dan kareh rata nasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...