Saturday, August 4, 2018

Pulut serawa durian


Menu potluck semalam jugak nih......potluck la katakan....macam-macam menu ada. Yang berkaitan dengan pulut jer ada 5 jenis....pulut kuning kari daging, pulut kuning rendang ayam, pulut tanak dengan ikan rebus, pulut serawa durian, pulut inti.....haaaa....bermandikan pulut kami seopis semalam. Pulut serawa durian ni saya buat guna lebihan durian kenduri durian kat opis hari khamis aritu.....durian yang tak berapa sedap dimakan tu kumpul2 dapat la satu bekas....saya bawa balik dan leburkan jadi serawa. Pastu terajin pulak nak tanakkan sedikit pulut untuk dipadankan dengan serawa tu.


Serawa durian

Satu besen durian - kalau rajin boleh buang bijinya....kalau malas macam saya ni masakkan terus dengan biji2nya.
Gula dan garam secukup rasa
2 mangkuk santan sederhana pekat
Air secukupnya

Satukan durian, air, garam dan gula. Masak hingga mendidih dan gula hancur. Masukkan santan, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu selepas masukkan santan supaya santan tak pecah minyak. Jumlah santan dan air tu bergantung kita nak serawa yang pekat atau cair. Kalau kat kampung dulu2, kalau buat serawa ni untuk doa selamat atau tahlil, duriannya tak banyak mana, jadi kita tambah tepung gamdun skit nak bagi kuah pekat.

Pulut tanak

5 cawan pulut
5 cawan santan cair (atau air)
Garam secukup rasa

Satukan dan tanak macam biasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...