Friday, July 27, 2018

Nasi minyak hujan panas


Menu majlis untuk kuliah mingguan dan majlis meraikan bakal jemaah haji 2018 kat surau. Masakkan ayam ros dan nasi minyak hujan panas ni jer. Kali ni memandangkan bajetnya agak terhad, saya guna beras biasa sahaja. Jadi bila guna beras biasa ni, tak perlulah direndam terlebih dahulu.....basuh, toskan dan terus masak bila air dah mendidih. Kuantiti airnya pun saya guna 1 kepada 1 sahaja.

Pewarna pulak saya tak la guna banyak sangat.....sekadar memberi sedikit keserian pada nasi cukuplah....tak perlu sampai setiap butir nasi diwarnakan.....

Nasi minyak hujan panas.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
1 camca besar minyak sapi + 4 camca besar minyak
Air + 1/4 cawan susu cair (1 cawan beras : 1 1/4 cawan air/cecair)

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, disimpul

pewarna merah, hijau, biru, kuning

Jika suka

Kismis untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum.  Masukkan air, susu serta garam secukup rasa dan biarkan mendidih. kemudian masukkan beras. Masak hingga airnya hampir kering. (masa air tengah banyak ni boleh kacau beras tu selalu) Perlahankan api dan letak pewarna. Tutup rapat penutup periuk. Biarkan 5 - 7 minit. Biarkan 10 minit. Bukak penutup dan kareh rata nasi.Boleh hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...