
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, April 19, 2018
Karipap Kentang Jerawat Batu
Teruk betul kesan kalau salah guna produk kecantikankan....daripada halus mulus jadi menggurutu macam ni.... Iklan produk kecantikan wajah boleh gunakan perumpamaan karipap ni kalau nak nampak lain dari yang lainkan....heheheh....nak guna gambo hakak pun hokay....tapi kena bayar royalty....
Karipap kentang
Ini resepi inti karipap
8 biji kentang
4 sb rempah kari daging/ayam
1 sb serbuk cili
2 tangkai daun kari
7 biji bawang merah/2 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
hirisan ayam secukupnya
daun sup yang dihiris (optional)
Garam dan gula secukup rasa
_________________
Tumis bawang putih, merah, halia, daun kari yang dah ditumbuk lumat.
Pastu masukkan rempah kari dan cili. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya.
Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.
Masak la hingga kentang empuk tapi jangan sampai benyek....
Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....
Resepi kulitnya:
1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam
------
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.
Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.
Wednesday, April 18, 2018
Bihun Goreng Tomyam
Lama dah tak goreng sytle ni. Hari ni ubah selera cuma daun limau purut jer takde sebab petang semalam hujan jadi tak terambil daunnya....subuh2 ni takde keberanian nak memetik daun dicelah2 pokok ubi tu....seremmmmmm.
Mihun / bihun / meehon goreng tomyam
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan2nya
1/2 paket meehon direndam
10 ekor udang (boleh dipelbagaikan ikut citarasa dan bajet)
3 sb paste tomyam
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
4 sb cili kering kisar
4 helai daun limau purut dihiris (kali ni tak letak)
Sawi dipotong kecil
Karot dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
-------
Panaskan minyak.
Masukkan paste tomyam, cili dan tumiskan seketika.
Masukkan sos tomato dan tiram gaul rata dan biarkkan seketika. Masukkan karot dan daun limau purut.
Toskan meehon dan masukkan ke dalam kuali.
Gaul rata meehon. Perisakan dengan garam.
Bila meehon dah sebati, masukkan udang dan masakkan hingga udang berubah warna dan melengkung.
Masukkan sawi, gaul rata dan masakkan hingga sawi layu.
Hidangkan bersama cili potong dan bawang goreng serta hirisan limau jika suka...
APAM GULA HANGUS
Apam gula hangus jerawat batu jugak....huhuhu.....gara2 salah produk lagi ker.....hehhehehe....bukannnnn......ni gara2 tak balut penutup kukus dengan kain....air kukusan jatuh atas apam......huhuhu....tapi ada orang kata lawa....bentuk munge2 katanya...😄😄😄😄
Apam gula hangus (sukatan cawan)
Zulfaza Loves Cooking
Penyediaan gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air mendidih
Cairkan gula dan masak hingga keperangan. Apabila gula telah perang masukkan air mendidih dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan.
2 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
1 sk baking soda
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
Kisar telur dan mentega selama 3 minit. Masukkan esen dan baking soda. Kisar lagi hingga sebati.
Masukkan minyak. Kisar selama 1 minit lagi dan kemudian tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk adunan. Masukkan air gula dan kacau rata menggunakan whisk. Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Pukul menggunakan whisk hingga adunan sebati.
Panaskan pengukus. Oleskan acuan dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak bergantung kepada saiz acuan.
Kuih Kaswi
Lama dah tak makan. Sesekali layan sedap sungguh rasanya.
KUIH KASWI
BAHAN A
450gm gula merah timbang + 100 gm gula perang/550 gm gula nise
1 ltr air
5 helai daun pandan - disimpul
BAHAN B
450gm tepung gandum
250gm tepung ubi
1,100 ml
2 sb Kicap pekat
1 sk kapur + 1/2 cwn air (tapis)
BAHAN C
Kelapa parut kukus
Garam
Acuan/Loyang yg disapu minyak
CARA
1. Satukan bahan A, masak diatas api sehingga larut dan tapis. Ketepikan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk dan tapis.
3. Satukan bahan B dan bahan A. Bahan A harus panas sedikit. Tapis
4. Perap adunan utk beberapa jam atau satu mlm, supaya adunan kembang dan lembut.
5.Sabelum dituang kedalam loyang, pastikan adunan dikacau dulu. Supaya tiada mendapan.
6. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak.
7. Kukus selama 1/2 jam untuk loyang atau 15 minit utk acuan kecil.
8. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.
Cucur bilis dan bawang rangup diluar lembut didalam
Menyucur bilis ngan bawang jew malam nih.....
(🤔🤔 Ehhhh.....ada ker.perkataan menyucur dalam kamus dewan.....hehhehe....main.sedap jari jer menaipkan..) Gara2 teghingin nengok orang dok tayang cucur kat wall petang tadi.....nak minta sepinggan macam takkan dapat jew.......jadi menyucur lah didapur sendiri....
Cucur ni dibancuh menggunakan air panas mendidih menghasilkan cucur enak yang rangup diluar dan lembut di dalam. Sangat sedap dimakan begitu saja atau cicah sos atau kuah kari atau sambal tumis.
Resepi mudah cucur bilis dan bawang ZLC (sukatan ikut suka)
Tepung gandum
garam secukup rasa
ikan bilis (basuh dan tumbuk kasar)
bawang besar - hiris nipis
air panas mendidih secukupnya
Satukan bawang, bilis, garam dan tepung gandum.
Gaul rata.
Tuangkan air panas sedikit dan gaul. Ulangi proses hingga mendapat adunan yang agak pekat dan boleh dijemput. Goreng dengan api sederhana. Jangan kacau terbalikan adunan yang sedang digoreng terlalu kerap kerap nanti adunan hancur masa menggoreng. Agak2 cucur dan hampir garing disebelah bawah, terbalikkan. Goreng hingga keperangan.
(🤔🤔 Ehhhh.....ada ker.perkataan menyucur dalam kamus dewan.....hehhehe....main.sedap jari jer menaipkan..) Gara2 teghingin nengok orang dok tayang cucur kat wall petang tadi.....nak minta sepinggan macam takkan dapat jew.......jadi menyucur lah didapur sendiri....
Cucur ni dibancuh menggunakan air panas mendidih menghasilkan cucur enak yang rangup diluar dan lembut di dalam. Sangat sedap dimakan begitu saja atau cicah sos atau kuah kari atau sambal tumis.
Resepi mudah cucur bilis dan bawang ZLC (sukatan ikut suka)
Tepung gandum
garam secukup rasa
ikan bilis (basuh dan tumbuk kasar)
bawang besar - hiris nipis
air panas mendidih secukupnya
Satukan bawang, bilis, garam dan tepung gandum.
Gaul rata.
Tuangkan air panas sedikit dan gaul. Ulangi proses hingga mendapat adunan yang agak pekat dan boleh dijemput. Goreng dengan api sederhana. Jangan kacau terbalikan adunan yang sedang digoreng terlalu kerap kerap nanti adunan hancur masa menggoreng. Agak2 cucur dan hampir garing disebelah bawah, terbalikkan. Goreng hingga keperangan.
Kuih Lompang Pandan
Ini namanya kuih lompang pandan.....nak bezakan dnegan kaswi selain penggunaan tepung yang berbeza ialah kejadiaannya selepas dikukus.....keluar lesung pipitnya....kalau takde leaung pipit jangan berani2 panggil lompang.....bagi nama lain....lompong ker lombik ke....lombong pun boleh.....k baiiii...
Lompang Pandan.
Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
3/4 cawan gula halus
2 cawan air
10 helai daun pandan
1 sk air kapur
Kelapa parut putih
Secubit garam.
Cara-caranya:
Kisar daun pandan dengan 2 cawan air. Tapis. Satukan air pandan,tepung gandum,gula,tepung jagung dan air kapur. Kacau sehuingga sebati.tapis. Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap. Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti. Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Kukus selama 15 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk. Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.
Roti Jala
Kisah weekend lepas. Sempat siapkan 3 1/2 adunan roti jala ni. Rupa tak cantik sangat la tapi sedap apa....cicah kari ayam. Resepinya saya intai kat azie kitchen.
Roti Jala
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sb minyak masak
1 sk garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kari. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)