Friday, March 24, 2017

Ayam Goreng Kunyit


Dah habis modal nak memikirkan menu.... Masak ayam goreng kunyit jer la...senang. Sayur dan lauk sekali masak jer. Tak payah pening2 nak masak dua tiga lauk.

Ayam Goreng Kunyit
Zulfaza Loves Cooking

6 ketul bahagian dada ayam - hiris nipis
2 biji bawang besar - hiris
4 inci halia - hiris
8 ulas bawang putih
1 sk serbuk kunyit
Cili padi secukupnya (saya belah dua jer sebab MIL tak tahan makan pedas)
2 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa

Sayuran pilihan
Bunga kobis
Kacang panjang/peas
Karot
Capsicum
Putik jagung
1 cawan minyak masak


Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng hingga air ayam keluar. Masukkan kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

Goreng hingga ayam sedikit keperangan/garing. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan serai. Masak hingga naik bau. Kacau selalu. Bila dah sebati masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur lembik tak sedap....biar bila makan rasa rangup2 lagi. Tutup api dan pindahkan ke dalam mangkuk hidangan.

***kalau suka boleh juga tambah sos tiram sebelum masukkan sayuran.

Tuesday, March 21, 2017

Muffin pandan gebu



Haruman pandan dan santan memenuhi dapur saya petang ni. Sedap....lembut....mudah. Tak payah nak keluarkan mixer bagai....guna whisk....kacau gitu2 bagi sebati jer dan siap adun...

Resepinya saya intai dari dapur june ahmad dua tiga hari lepas. Terliur tengok muffin jelita dia yang lalu lalang kat wall fb. Terasa rasa muffin lemak dan gebu lalu laju jer kat anak tekak nih.... Haishhh tak boleh jadi....tu yang balik keja terus bulatkan tekat buat muffin ni betul2 lalu kat tekak ni.





Muffin pandan gebu
Zulfaza Loves Cooking
@zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A

*200 gm tepung gandum
*1 1/2 sk baking powder
*1/2 sk baking soda
1 sk garam
120 gm gula kastor

Ayak *. Satukan dengan garam dan gula. Gaul rata.

Baham B

2 biji telur
1/2 cawan minyak
200 ml santan pandan (kisar 5 daun pandan dengan kelapa parut atau 100 ml santan kotak + 100 ml air)

Pilihan (optional)
Esen pandan dan pewarna hijau


Satukan bahan B dan kacau guna whisk hingga sebati sahaja. Tuang dalam bahan A. Gaul rata secara kaup balik. Jangan terlebih gaul, muffin jadi keras dan padat.

Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam muffin tray atau paper cup. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu selama 15 minit pada suhu 170 celcius selama 20 minit atau hingga masak.


Sunday, March 19, 2017

Menu lunch nasi arab LAMB MADGHOUT

Menu lunch nasi arab  LAMB MADGHOUT pulak. Sambil masak untuk keluarga sambil memenuhi tempahan jiran dan taulan. Begitulah kebiasaannya, bila hujung minggu terima tempahan nasi arab dan lain2 nasi berperisa.


Resepi yang dikongsi lydia honey jadi pilihan lagi. Ni kira resepi ulang tayang. Sebelum ni dah pernah post kat sini.


LAMB MADGHOUT
Zulfaza Loves Cooking

Ingredients:

A)- Rempah Ratusnya

1 biji tomato segar-di dadu kecil
Sebiji bawang besar- di dadu kecil
1 biji cili hijau- (jgn dipotong boh sebiji)
2 helai daun salam*
Kulit kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
1/4 sk serbuk limau kering* (loomy powder - oleh beli kat kedai barangan arab)
1/4 sk serbuk lada hitam*
1/2 sk arab mix spice*
1/2 sk serbuk.bawang putih*
1/4 sk serbuk jintan*
Secubit serbuk kunyit*
5-7 biji buah pelaga *
1/4 cawan minyak
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam secukupnya

B)- 500 gm kambing(lamb) dengan tulang- potong kiub besar.. Biarkan dengan lemak sikit.

C)-2 cawan beras basmathi-cuci bersih dan rendam 1/2 jam dengan air garam dan toskan

D)- Sebiji kentang- saiz sederhana, kupas kulit, di potong besar dan gorengkan sehingga keperangan. Kalau dapat beberapa biji kentang yang kecik comel sebesar rambutan tu lagi bagus.. Gorengkan sebiji2.



Panaskan minyak, Tumiskan sedikit bawang besar sehingga naik bau (sekadar transparent kaler jer ok) dan masukkan bahan bertanda * dan tumiskan sebentar sehingga naik bau.

Bila rempah dah naik bau, masukkan tomato dan gorengkan sebentar sehingga lembut dan hancur.

Masukkan lamb dan gorengkan bersama tomato dan rempah, balik2kan di kedua bahagian sehingga golden brown dan masukkan air.

Tutup periuk dan renehkan sehingga daging empuk lebih kurang 50 minit atau lebih (ikut lamb yg uoll beli gak yer), masukkan garam, renehkan sebentar dan off kan api.

Asingkan air rebusan dan lamb.
Biarkan lamb di dasar periuk, masukkan kentang yang di goreng, cili hijau, last layer taburkan basmathi menutupi periuk dan add in -+ 3 cawan stock panas dan tutupkan periuk dengan penutupnya.

Masak nasik di atas api yang sederhana besar, bila dah hampir kering, cakar2 sikit permukaanya dengan garfu dan slow kan api,

Tanaklah sehingga nasik masak sepenuhnya.
Bila nasi dah masak, biarkan sebentar 5 minit baru di telangkupkan ke dalam pinggan hidangan.
Leraikan nasi perlahan2 guna garfu je supaya nasi tak patah.

Taburkan di atasnya daun ketumbar jika suka dan sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba




Thursday, March 16, 2017

Gulai nangka muda


Hujug minggu baru ni ke kebun lagi. Buat aktivii keluarkan toxic dari badan sambil jengok2 pokok kelapa yang baru ditanam semula. Minggu sebelum tu datang, balut nangka muda dengan guni supaya tak dirosakkan serangga. Pokok nangka tu dekat tepi jalan masuk. Toleh jer ke kanan bila hubby park keta, tengok guni pembalut nangka tu dah hilang. Dan buah nangka yang agak besar yg dibalut tu pun dah hilang sekali dengan guni2nya kena rembat. 🤔🤔🤔🤔...bukan rezeki kami....Alhamdulillah.

Ada sebiji nangka muda yg agak kecil jer yang ditinggalkan. Hubby cakap baik kita ambil...dibiarkan nanti tak merasa hasil pokok ni nanti. Alhamdulillah, tersurat suda rezeki kami, dapatlah makan gulai nangka muda yang dimasak oleh kekanda. Sedap bukan main...lembut jer isinya.


Gulai nangka muda
@ zulfadreamland.blogspot.my

1 mangkuk nangka muda direbus empuk - toskan
1 mangkuk santan cair
1/2 cawan santan pekat
*1 biji bawang besar
*4 biji cili masak dan cili padi secukup rasa
*1 ketul kunyit hidup
Sebatang serai di ketuk
Garam secukup rasa
(Boleh guna udang kecil atau ikan bilis tumbuk sebagai perencah)
1 keping asam gelugur

* tumbuk jangan lumat sangat. Satukan semua bahan kecuali santan pekat dan garam. Masak hingga mendidih....kacau selalu supaya tak pecah minyak.  Masukkan santan pekat dan kacau rata. Tambah garam secukupnya. Dah mendidih tutup api.


Pasta Kari Goreng Sedap


Pasta kari goreng ....makanan western yang di asiankan. Kalau dah lidah melayu ni kena jugak layan rasa pedas2 gitew. Anak2 tengok macam takut nak makan sebab macam nampak pedas sangat ala2 mee ramen korea tu....tapi ini pedas2 manja jer sebab ummikan sayang anak2nya. Bila masak tu mesti cuba control tahap kepedasan masakan supaya anak2 boleh menikmati makanan ni dengan sejahtera.


Pasta kari goreng sedap
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

1500 gm pasta pilihan - rebus dengan air yg diletakkan garam secukupnya hingga lembut. (@ Ikut arahan di pembungkus)
1 1/2 - 2 kg daging cincang
1 - 2 kg sayur campur (boleh adjust ikut citarasa)
3 sb rempah kari (boleh adjust ikut citarasa)
1 tin besar tomato puree
1 cawan sos tiram
1 cawan sos cili.
Celery jika suka
daun sup dan daun bawang untuk ditabur (jika suka)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis

3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
4 inci halia

Kisar atas cincang bahan tumis. Tumis hingga naik bau.
Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, tomato puree dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan daging cincang....masakkan hingga daging masak. Kacau sesekali supaya tak berkerak.
Masukkan mix vege....kacau rata...biarkan seketika. Perisakan dengan garam.
Masukkan makaroni, dan celery yg telah dipotong kecil. Gaul sebati dan tutup api....hidang dan taburkan dengan dsun sup dan daun bawang.....(saya tak letak sebab budak2 tak suka)

Roti Sosej Goreng Rangup


Anak2!!!!!!!!!!! Sarapan dah siappppppp...... Stok sosej homemade tengah banyak. Macam2 idea untuk pelbagaikan hidangan. Kalau tak suka bau telur yang menyalut roti tu, boleh gantikan dengan bancuhan tepung cair. 


Roti Sausage

Bahan-bahannya

1. Sausage dibelah 4
2. Roti
3. Telur dipukul sebati dengan sedikit garam (kalau suka boleh masukkan sedikit lada putih)
4. Serbuk roti

Cara2nya

1. Potong sausage kepada empat bahagian
2. Menggunakan penggelek, leperkan roti.
3. Gulung sausage dengan roti.
4. Roti yang telah siap digulung.
5. Celup roti dengan telur.
6. Salut dengan breadcrumb.
7. Goreng dengan api sederhana perlahan.
8. Sedia dinikmati .....ble cicah dengan sos cili atau kalau rajin buat sos sendiri.

Boleh rujuk dilink ini untuk cara2 menggulung.

Sos Cili Homemade

cili masak
bawang putih
gula
garam
cuka masakan
----
blend semua dan masak hingga mendidih...


Sosej Ayam Homemade Untuk Buah Hati Ummi


Sosej ayam homemade lagi. Berusaha ummi kumpulkan dada ayam untuk buat sosej ni. Yang mencabarnya dalam proses nak buat sosej ni bukan apa, nak masukkan isi ayam tu dalam plastik aiskrim malaysia tuh. Jenuh mencari piping bag, entah kemana diletakkan. Jadi nak tak nak guna plastik biasa. Kalau la ada mesin khas untuk proses tu boleh la ummi buat banyak2 dan niaga sosej sihat ZLC nihkan.....lai lai lai...sapa mau beli,.....cepat2 sebelum kehabisan....laku keras agaknya yer...

Sosej Ayam Homemade

3 ketul dada ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sb serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada putih
1 batang lobak merah (optional)

Kisar hancur

5 sb tepung ubi/sagu
1 1/2 sk garam

Plastik aiskrim Malaysia secukupnya untuk membungkus

Gaul sebati semua bahan. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan adunan ke dalam plastik aiskrim, padatkan dan simpul hujungnya. Buat hingga selesai. Bekukan.
Setelah beku keluarkan dari plastik dan kukus selama 10 minit. Sejukkan.
(Kalau lepas proses masukkan dalam plastik nak kukus terus pun boleh cuma orang kata tak begitu menyihatkan sebab bahan kimia dari plastik tu akan terurai dan masuk dalam sosej. Wallahualam)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...