Wednesday, November 9, 2016

Apam Gula Hangus


Hari ni merajinkan diri buat apam gula hangus untuk makan senja...hahhaha. Nak kata minum petang pun tak sesuai sangat sebab buat lepas balik dari pejabat...Pukul 6.30 baru mula mengadun....first round siap kukus azan maghrib dah berkumandang.

Plan asal nak buat dari Isnin aritu tapi malas mengatasi keinginan untuk makan apam ni...jadinya air guka hangus yang dah disediakan tu simpan jer la dulu.

Tadi bila sampai ke rumah Encik hubby tengah menyediakan asam pedas. Tu yang hilang penat sebab dah tak perlu memasak lauk makan malam. Tq la encik hubby.....kerana mu siap jugak apam gula hangus hari ni.



Apam gula hangus (sukatan cawan)

Penyediaan gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air mendidih

Cairkan gula dan masak hingga keperangan. Apabila gula telah perang masukkan air mendidih dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan.


2 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
1 sk baking soda
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sk garam


Kisar telur dan mentega selama 3 minit. Masukkan esen dan baking soda. Kisar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak. Kisar selama 1 minit lagi dan kemudian tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk adunan. Masukkan air gula dan kacau rata menggunakan whisk. Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Pukul menggunakan whisk hingga adunan sebati.

Panaskan pengukus. Oleskan acuan dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak bergantung kepada saiz acuan.

Sunday, November 6, 2016

Sarapan dari dapur Ummi pagi ni


Macam semalam juga....memasak untuk program gotong royong di surau. Hari ni ikut plan asalnya ada jiran lain yang nak bawa makanan tapi atas sebab2 yang tak dpt dielakkan dia kirimkan duit untuk saya uruskan. Alhamdulillah dan terima kasih pada penyumbang.

Tak plan awal jadi saya pun takde cari barang untuk masak banyak camni. Awal pagi minta kakak tolong ke kedai beli barangan keperluan. Lambat la sikit makanannya siap. Menu simple2 lagi xpress jer yang mampu disediakan.


Sandwich telur

Inti telur

4 biji telur rebus - kupas kulit dan hancurkan
3 sb mayonis
1/2 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan gaul rata.

************
Sayuran pilihan

Daun salad
Timun
Tomato

Roti


Nasi goreng ikan masin sempoi

Semangkuk nasi
1 keping isi ikan masin - hiris kecil
1 biji bawang besar cincang
4 ulas bawang putih cincang
Sayuran pilihan
5 biji cili padi (oleh tambah ikut citrasa)
2 sb kicap (lupa nak letak)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan ikan masin. Tumis hingga garing. Masukkan cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur berubah warna dan tak sedap.
Selepas itu tutup api dan pindahkan nasi ke mangkuk hidangan.

Saturday, November 5, 2016

Bihun Goreng


Menu sarapan entah hari apa pun dah lupa. Banyak juga masakan yang belum sempat di postkan di sini. Sebelum ni pergi ofis ngan encik suami...sambil dia drive, sebagai co pilot saya gunakan masa perjalanan tu untuk update blog dan page. Tapi la ni drive sendiri takde can nak menaip. 😔😔😔. Takpe la..sikit2...pelan2 nanti saya post N3 yang tertangguh tu.


Bihun goreng ZLC

1 paket bihun direndam hingga lembut (saya biasa rendam dengan air paip jer)
* 6 ulas bawang merah
* 6 ulas bawang putih
3 sb cili kering kisar
 2 sb cili sos
2 sb tomato sos
3 sb sos tiram
5 sb kicap

sawi/kobis/karot potong kecil
Tauhu/fish cake/fish ball pilihan
udang/ayam/sotong ikut citarasa
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk *. Panaskan minyak. Tumis * hingga naik bau dan garing. Masukkan cili. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan kicap. Masukkan perencah tauhu, ayam dll. Kacau hingga masak. Masukkan bihun. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata. Masukkan sayuran dan masak hingga sayur layu. Pindahkan ke dalam mangkuk supaya sayur tak lembik.

RESEPI KARI AYAM NASI KANDAR

Resepi kari ayam nasi kandar Mamak Haji saya pilih pulak kali ni untuk sediakan kari ayam yang nak dibawa ke majlis ilmu malam ni.


Ikut perancangan asal kak gee jiran lorong belakang nak masakkan. Tapi masa saya tengah menumis pes tomyam untuk hidangan tengahari kak gee call bagitau dia dapat berita sepupu dia meninggal kat penang. Jadi dia minta tolong saya masakkan kari ayam tu. Itulah perancangan Allahkan, dan perancangan itulah yang terbaik.

Saya pun memang takde rancangan lain hari tu....dok plan membelek dan membaja pokok2 yang agak terbiar sejak saya mula masuk opis nih. Jadi bila kak gee call minta tolong, Alhamdulillah dengan sukacitanya bersetuju masakkan. Menu malam ni kari ayam dan.daging cicah ngan roti. Kari daging jiran lain yang masakkan. Semuanya sedap2 belaka Alahdulillah.


RESEPI KARI AYAM NASI KANDAR

Bahan-bahan diperlukan:
- 1 Ekor Ayam (berat 1.6 - 1.8 kg)di potong 12 ketulan dan dibersihkan.
- 2 Biji Bawang merah labu sedang besar dihiris (untuk tumis).
- 2 sudu besar pes halia bawang putih.
- 2 Biji Tomato (dibelah dua).
- 2 biji cili hijau dibelah dua memanjang.
- 2 tangkai daun pudina, 1 helai daun pandan dan 2 ranting daun kari.
- 250ml ( 1 cawan) santan pekat.
- 3-4 biji kentang sederhana besar, di kupas kulit dan di potong dua memanjang.
- 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
- Garam secukup di rasa.

Rempah-ratus yang diperlukan:
- 2 keping kayu manis 2 inci.
- 3 kuntum bunga lawang,
- 5 biji buah pelaga.
- 7 kuntum bunga cengkih.
- 1 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
- 250 gm rempah kari (1 bungkus).
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil garam masala.


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan masukan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila naik aroma, masuk daun pandan (dipotong 4"- 3 helai), perlahankan api dapur.

2. Masukan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepada warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Bila campuran ini mula keluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes). Masukkan ketulan ayam dan kacau rata untuk rempah disalut ketulan ayam - selama 2-3 minit. Kacau adunan ini sehingga sebatian ini mengeluarkan aroma harum kari. Masukan daun kari diikuti dengan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.

3. Masuk segera air 1-2 liter (keperluan kuah terpulang pada anda) dan diikuti ubi kentang. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna. Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas dan permukaan air dibawah.


4. Masuk santan, tomato, cili hijau, rempah garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari. Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api dapur dan tersedia lah kari untuk hidangkan. Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup. Selamat mencuba.

Nota: kepekatan kari anda tertakluk berapa lama anda masak kari anda dan yang memekatkan kari anda adalah gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses renehan kari. Collegen yang banyak terdapat dalam ayam ialah bahagian kaki dan leher. Jadi gunakan kaki dan leher ayam dalam masakan kari.

Tomyam Thai dengan Homemade Tom Yam Paste


Memu hari ini. Buat tomyam ala thai guna pes tomyam homemade jer. Resepi yg saya olah sedikit dari Azie Kitchen jadi pilihan. Saya tambah daun ketumbar dalam pes ikut resepi dari thailand yang saya rujuk sebelum ni. Rasanya alhamdulillah...cuma lain kali kena tambah cili padi dan asam limau lagi.


Tom Yam Thai

Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.


Bahan Sup Tom Yam:

Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung



Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Bubur nasi 15 minit dan Ikan bilis Goreng Kicap


Sejak dapat cara cepat nak masak bubur nasi tanpa guna preasure cooker memang ada jer stanby beras beku dalam freezer tu. Anak2 ni kekadang requestnya tak tentu masa. Bukan perlu simpan banyak pun...sekadar cukup seperiuk kecil. Alhamdulilah semoga yg berkongsi ilmu ni diperluaskan rezekinya dibumi Allah nikan...

Untuk sarapan bubur nasi kali ni saya hidangkan dengan telur masin, ikan ilis goreng kicap dan telur masak kicap.....hari kicap sedunia nampak gayanya.


Bubut nasi 15 minit
Sukatan ikut suka

Basuh beras. Masukkan dalam bekas bertutup. Masukkan air dan bekukan. Bila nak masak masukkan nasi beku tadi ke dalam periuk dan tambah air secukupnya. Masak dengan api kuat selama 15 minit. Kacau sesekali dan tambah air jika perlu.

Ikan bilis goreng kicap

1 mangkuk ikan bilis - basuh, tos kering dn goreng garing, ketepikan.

Cili padi - hiris
2 biji bawang besar - hiris
10 sb kicap

Guna minyak yang sama, tumis cili dan bawang hingga layu. Masukkan kicapdan tumis hingga kicap agak pekat dan masukkan bilis goreng dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.


Roti jala


Sarapan pagi dan bekal kami hari apa aritu. Makan dengan kari ikan barracuda hadiah dari jiran yang bapanya pergi memancing. Sedapnya...ikan fresh dari laut.

Anak2 suka kalau roti jala ni di makan dengan kuah lolian (durian)...tapi apakan daya, tahun ni stok durian ummi tak banyak macam musim yang lepas. Stok frozen ummi yang tak seberapa tu pun anak2 dah makan...kannnn. Jadi mana ada lolian lagi nak buat kuah.  Sudahnya anak2 ummi makan gitu ajer.


Roti jala  @ ZLC

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
1 sb minyak
Garam
Pewarna makanan/serbuk kunyit (optional)

Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.

Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.

Jalakan adunan.

Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...