Monday, April 20, 2015

Baked Garlic Chicken and Potatoes – Djej w Batata Bil Sayniyyeh

Menu hari jumaat lepas tapi tak sempat upload.....ringkas saja....pelengkap hidangannya sayur asparagus campur dan  nasi putih....

Untuk ayam ni saya tambah sedikit madu....supaya rasanya masam2 manis sikit...

Masak pun tak sempat garing sangat sebab nak mkn cpt....perut dah mula berbunyi....

Recipe: Baked Garlic Chicken and Potatoes – Djej w Batata Bil Sayniyyeh

Summary: A traditional garlic chicken dish from Lebanon.

Baked Garlic Chicken
Ingredients (4 servings)

4 lbs of chicken legs/quarters/breasts (seekor ayam potong 4 atau boleh pilih ayam peha saja atau dada.....terpulang citarasa)
5 medium potatoes (5 biji kentang saiz sederhana)
20 cloves of garlic (or 1.5 heads) (20 ulas bawang putih)
1 cup of freshly squeezed lemon juice (1 cawan jus lemon)
4 table spoons of olive oil (4 sb minyak zaiton)
salt to taste (garam secukup rasa)
A pinch of Lebanese 7-spices (secubit 7 spices
Vinegar (optional - cuka untuk mencuci ayam)

Baked Garlic Chicken
Preparation Method

Soak chicken in vinegar for 2 minutes (to help remove the “chickeny” smell), rinse them well with cold water then dry them with paper towels. Make cuts in chicken in order to allow for garlic sauce to seep deep inside. 

Cuci ayam dengan cuka dan bilas bersih. Kelar sedikit supaya sos perap menyerap ke dlm isi ayam.

Rub chicken with a table spoon or two of olive oil, a pinch of salt, and a pinch of Lebanese 7-spices Peel potatoes then cut them in disks of about 1/2 inch, salt lightly. Place chicken on bottom of baking tray (preferably metal), place potatoes on top, and bake at 400F (medium heat) for about 40-50 minutes, or until the chicken is cooked.

Lumur ayam dengan 2 sb minyak zaitun, sedikit garam dan 7 spices. Kupas kentang dan potong 1/2 inci (saya belah 4 jer) dan gaul sedikit gatam. Susun ayam dlm tray dan kentang di atas ayam. Bakar pada suhu 250°C selama 40 - 50 minit atau sehingga ayam masak.

Meanwhile place the garlic cloves, 1/2 teaspoon of salt and 2-3 table spoons of olive oil in a blender/food processor and spin for 4-5 minutes, add the lemon juice and spin for another 4-5 minutes until you have a nice lemony-garlicky sauce.

Sementara itu, kisar bawang putih, 2-3 sb minyak zaiton, garam selama 4 - 5 minit. Masukkan jus lemon dan kisar sebati selama 4 - 5 minit lagi.

Once the chicken has baked, take the tray out of the oven and very carefully drain any excess liquids/fat/water that you see on the bottom. Pour the garlic sauce all over it while mixing it well with the potatoes, put back in the oven and  broil for another 5-10 minutes until the potatoes turn reddish. Serve warm.

Bila ayam dah masak, toskan lebihan cecair/lemak. Kemudian siramkan bawang putih tadi dan gaulkan rata. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 5 - 10 minit sehingga kentang keperangan. 

Note: You may need to consume an unusually large quantity of toothpaste afterwards.

Preparation time: 15 minute(s)
Cooking time: 1 hour(s) 5 minute(s)
Number of servings (yield): 4
Copyright © Mama’s Lebanese Kitchen.

- See more at: http://www.mamaslebanesekitchen.com/poultry/garlic-baked-chicken-potatoes-recipe/#sthash.DdLkeVrs.dpuf

Burger ayam homemade

Bun charcoal dan fillet ayam istimewa....homemade khas buat anak2 ummi

Burger ayam untuk sarapan pagi dan bekal anak2 ke sekolah.....sebelum maghrib semalam sempat siapkan roti dan fillet....

Pagi tinggal goreng filet jer....


Bahan2 filet
zulfaza love cooking

* 2 kg isi ayam 
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
Sebiji telur

Kisar * hingga hancur. Satukan dengan garam, lada hitam, telur dan tepung. Uli hingga jadi doh yang lembut.

Bahan salut filet

tepung gandum + tepung goreng ayam
telur
serbuk roti

Bentukkan filet 4 segi. Salutkan dengan tepung kemudian celupkan dengan telur. Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti.
susun dalam bekas dan bekukan. 



Bun burger charchoal
zulfaza love cooking

500 gm tepung roti/high protien (atau tepung gandum)
10 - 20 gm charcoal powder
5 gm improver
15 gm yis
100 gm gula
5 gm garam
1 biji telur gred AA atau 70 gm
80 gm mentega atau shortening
225 gm air/susu segar sejuk

telur + sedikit susu segar dikocok
bijan

Satukan semua bahan. (Pastikan yis dan garam tidak diletakkan berdekatan). Uli hingga tidak lekat ditangan dan bekas serta licin dan elastik. Jika guna BM sila ikut arahan manual. 

Sapu doh dengan minyak. Perap dalam bekas tertutup selama 1 jam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk mengeluarkan udara yg terperangkap. Bentukkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik seganda.   Sementara itu panaskan oven suhu 180°C.

Sapukan telur + susu. Tabur bijan. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Pindahkan ke atas redai...sejukkan. simpan dalam bekas tertutup.

Nuget ikan homemade


Hari ahad adalah hari memenuhi permintaan anak2....buat aiskrim buah naga.....nuget ikan....dan filet ayam...... Biskut tart nenas jer tak sempat nak buatkan....

Anak request nak fish finger tapi ummi dia bentuk free style jer....takde rupa finger pun....nak cepat punya pasal... Kulit ikan pun tak dibuang....sayang.....masukkan jer sekali...

Nuget ikan
zulfaza love cooking

*4 ekor ikan kerisi saiz besar - ambil isinya
*1 biji bawang besar
garam dan lada hitam secukup rasa
sedikit tepung gandum
1 biji telur

Kisar dengan food processor * hingga hancur.
Satukan dengan bahan lain hingga membentuk doh yg lembut. Jgn letak tepung terlalu banyak nanti nuget liat dan keras.

bahan salut

tepung gandum + tepung goreng ayam
Serbuk roti
telur

bentukkan adunan ikan. Golekkan di dalam tepung, celup telur dan golekkan dalam serbuk roti....buat hingga selesai. Susun dalam bekas dan bekukan. Goreng dengan api perlahan....tak perlu defrost untuk menggoreng.....saya goreng dalam magic pan...cepat jer dah masak.

Udang masak lemak dengan buncis

Menu ringkas hari ahad..... masakan ringkas pun kena gayanya makan boleh bertambah juga...

 
Udang masak lemak dengan buncis
zulfaza love cooking

*6 ulas bawang merah
*1 ketul kunyit hidup
*15 biji cili padi
1 batang serai dititik
2 mangkuk santan (11/2 mangkuk santan cair dan 1/2 mangkuk santan pekat/pati)
1/2 kg udang sederhana
20 batang buncis dipotong serong
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Tumbuk *. Masukkan *,  serai,  santan cair dan asam ke dalam periuk. Masak hingga hampir mendidih. Masukkan buncis dan udang. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih dan udang serta kacang masak sempurna. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.

****jgn masak udang terlalu lama....agak2 bila udang berubah warna dan melengkung, tutup api dan alihkan periuk daripada dapur.

Aiskrim buah naga


Dah berhari2 anak mintak buatkan aiskrim buah naga....dah siap keluarkan mould dan bagi resepi....macam upin ipin buat katanya.... Waduh....pening kepala ummi selagi tak buatkan...

Disebabkan ruang tak cukup untuk letak mould dlm freezer ummi buatkan ajer aiskrim malaysia.....hehehe.....suka juga diorg.....bagi2 buta dah nak bukak peti sejuk cari aiskrim....anak2....

Bahan2nya

susu pekat secukup rasa
air
sebiji buah naga dilecek halus
plastik aiskrim

tu jer bahannya......bukan susah sangat....satukan aja air, susu dan buah naga....kacau sebati. Tuang dlm plastik dan simpul kemas....bekukan.....dah siap.....


Saturday, April 18, 2015

Nasi jagung dan seven spices chicken


Menu untuk majlis tahlil malam ni... selalu saya hidangkan seven spices chicken ni dengan nasi minyak arab tapi hari ni tukar selera pulak....hidangkan dengan nasi jagung istimewa zulfaza... untuk ayam pun saya ubahsuai sedikit dengan menambah 2-3 bahan.... Untuk salsa resepinya boleh klik link ini yer..... atau link yang ini

Resepi nasi jagung

30 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 30 minit)
39 cawan cecair (air + 3 tin susu cair)
6 senduk minyak sapi + 1/2 cawan minyak masak

Cincang halus
30 ulas bawang merah
3 labu bawang putih
15 inci halia

Rempah tumis
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
20 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 sb lada hitam - peppercorn (biji)
10 tangkai daun kari
5 sb rempah briyani

Pewarna kuning
2 kg jagung frozen atau isi jagung segar
garam secukup rasa

Tumis rempah tumis kecuali rempah briyani hingga naik bau. Masukkan bahan cincang dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan cecair dan garam. Biarkan mendidih. Masukkan beras. Masak hingga air hampir kering. Kacau selalu. Titiskan pewarna dan masukkan jagung. Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 15 minit. Tutup api dan biarkan selama 5 minit. Buka penutup periuk dan kareh rata nasi. Hidangkan bersama ayam seven spices, salsa dan salad.

Arabic Seven Spice Roasted Chicken (diubahsuai sedikit)

Bahan2nya

1 ekor ayam
2 sb Arabic 7-Spice (baharat) 
2 sk serbuk bawang putih
2 sb minyak masak

Saya tambah 
1 sk rosemary
1 sk basil
1 sk paprika
1 sk cayenne pepper
3 sb madu
Garam dan lada hitam secukupnya

Caranya

Panaskan oven 250 °C.  Basuh dan tos ayam. Gaul rata ayam dengan semua bahan diatas. Susun di atas loyang pembakar. (Perap selama 2 jam jika mahu hasil yang lebih baik). Tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar selama sejam. Buka foil dan toskan lebihan cecair....cecair ni masukkan ke dalam kuali dan campurkan sedikit tepung gandum dan masak hingga kuah sedikit likat.

Bakar semula ayam selama 15 minit utk menggaringkan ayam.


BAKED SPAGHETTI

Sarapan pagi ala omputih pagi ni.....


Untuk sos daging

1 kg daging cincang

1 biji bawang besar cincang

6 ulas bawang putih cincang

1 tin tomato paste

15 biji tomato cincang

Oregano + italian mix herbs secukupnya

Cendawan butang hiris

1 batang lobak merah potong kiub

1 biji capsikum potong kecil

Garam dan lada hitam secukup rasa

Minyak zaiton untuk menumis

Mozzarella + cheddar + parmessan cheese secukupnya

500 gm spaghetti direbus empuk dengan sedikit garam - toskan.

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan daging dan tumis hingga kering airnya. Mesukkan sayuran, tomato paste dan tomato cincang. Masak hingga tomato sebati dan sayur empuk. Masukkan herba, garam dan lada hitam. Tutup api.

Tuang sedikit sos daging di dlm bekas pembakar. Tuangkan spaghetti diikuti dengan sos daging. (Kalau nak gaul sos dengan spaghetti pastu tabur cheese pun boleh jugak.)

Tabur cheese secukupnya dan bakar di dalam oven suhu 250°C selama 10 minit atau hingga cheese cair (or till hot and bubbly.)

Baked Spaghetti.....yummy woooooo.....jom buat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...