Thursday, November 7, 2013

Kek karot walnut

Kali ni pulak saya nak share resepi yang saya dah guna sejak bertahun dulu yang dikongsi oleh kawan pejabat.....dah pencen kakak tu....dia blajo masa duk obese ikut hubby dia....

Kek ni saya tak letak topping sebab permintaan dari yg menempahnya begitu....lagi pun saya sendiri suka makan kek ni cenggitu jer...

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula
2 st baking powder
1 st garam
3 st serbuk kulit kayu manis
1 cawan walnut cincang (saya bakar jap)
1 cawan kelapa kering

Gaul semua bahan di atas.

Bahan B

3 cawan carrot parut (~ 3 biji)
1 1/2 cawan minyak masak
4 biji telur (dipukul jangan sampai gebu sangat)

Gaul sebati bahan B.
Masukkan bahan A ke dalam  bahan B.
Gaul sebati.
Tuang dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper dan digris.
Bakar pada suhu 160 ºC selama 45 atau hingga masak.

Saya share juga satu resepi yg lebih kurang sama tapi ada letak serbuk pala dan esrn vanila....Resipi diambil dari Myresipi oleh newbie123..

Bahan2 (adunan penuh) :

2 1/2 cawan parutan karot
4 biji telur
1 cawan minyak masak (aku guna minyak jagung)
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yg dicincang

Cara2 :

1) Tepung, soda bikarbonat, baking powder, serbuk kayu manis, nutmeg dan garam semua diayak sekali.
2) Pukul telur dan gula hingga sebati. Guna hand whisk je... guna senduk kayu pun boleh. Bila dah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi
3) Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan (2)
4) Masukkan esen vanilla, carrot dan kacang. Kacang hingga sebati.
5) Masukkan kedalam bekas/tin yang sudah dilengser dengan minyak dan bakar dengan kepanasan 160-180C (ikut oven) selama 40-60 minit (oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit).

Note: Kalau 1/2 adunan macam aku buat tu cuma 25 minit dengan suhu 160C (ketuhar besar).

Roti nasi

Bila terjumpa jer resepi ni dari blog Jintanmanis, rasa tsk sabar2 nak cuba.....macam best jer roti guna nasi....pelik tapi benar....srlalu tu buat cucur ngan apam jer pakai nasi sejuk. La ni daoat satu lagi resepi untuk tebus guna nasi yang tak abis tu...

Saya ni mula2 tu dah ter under estimate tumbesaran roti ni lantas guna loyang comel....srkali gitu masa tunggu dia naik sebelum di bakar tu, afunannya melimpah ruah dari loyang. Terpaksa la pindahkan ke loyang besar....tapi rupa bentuknya hancus la....apa la aku nih....selalu sangat tersalah memilih saiz loyang...huhuhu

Tapi takpe....rasa masih la sedap dan lembut gitu....macam guna water roux jer...

Untuk roti ni saya masukkan inti kacang skit...

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air - kurangkan jadi 80 ml jer
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.- 

**Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Nota: 

Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit, 

Roti memang lembut.....bila dah sejuk pun kekal lembut....

Wednesday, November 6, 2013

Gulai Ikan tongkol

Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan ni saya cilok dari blog azie's kitchen...

Untuk gulai ni saya guna cili merah dan letak terung bulat.....ejas la sikitkan....ikut selera orang perak.....hehehe...

Bahan bahan:

Ikan tongkol/kayu/aye (direbus dg garam dan asam keping)

*7 - 8 biji cili kering
*3 ulas bawang merah
*4 hiris lengkuas
*1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Timun, Kacang Panjang atau Cili hijau Kelantan (jika suka)

3 cawan samtan

Ikan direbus dengan asam keping dan garam seperti gambar di bawah. hingga airnya tinggal skit jer.

Kesemua bahan * di atas di blend.

Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.

Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.  

Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  

Tuesday, November 5, 2013

Homemade nutella

Sumber saya lupa dari mana.. dah lama simpan tapi tak terbuat2 sehingga la petang ni...
Suka2 jer ejas resepi. Kalau refer sumber2 lain pun memang takde yg letak susu segar tapi saya tambah benda tu sebab bila guna blender biasa susah plak nak berputar. Jadi saya panaskan susu n tuang dlm blader tuh....
Lebih senang nak di sapu atas roti dan rasanya lebih nyaman kata org sarawak....
Anak saya siap makan macam choki2 plak yer...main cedok ngan sudu jer....
Bahan-bahannya:
150 g hazelnut-panggang dan buang kulitnya kisar hingga jadi seperti peanut butter paste.
1/2 cawan gula ising.
1/2 cawan serbuk koko.
sedikit esen vanila
sedikit minyak jagung
100 g milk chocolate-cairkan (Saya lebihkan jadi 250 gm)
****saya tambah 1/2 cawan susu segar (didihkan)
Cara-caranya:)
Cairkan coklat dengan double boiler. Masukkan gula, koko, kacang hazel dan esen vanila. Kacau hingga sebati kemudian masukkan minyak jagung dan kacau lagi sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Masukkan dalam blender + susu dan sambung blend lagi agar dapt smooth paste. Simpan dalam bekas yang sesuai. Boleh di sapu pada roti,biskut lemak atau apa saja yang anda fikir sesuai.

Monday, November 4, 2013

Kek Lapis Keju Pesona


Namanya macam2. Kek keju Marie la...Marie Cheesecake la....tapi semuanya lebih kurang sama jer....Untuk besday anak aritu buat kek ni...kalau suka boleh taburkan dengan serbuk koko dan parutan cheese....

sumber anak buah dan http://acik515.blogspot.com/2012/06/lapis-marie-cheese-langkah-demi-langkah.html

Ingredients
1 packet Marie biscuits, plain
1 packet Marie biscuits chocolate
300ml whipping cream
250g cream cheese (selalunya guna tatura atau philadelphia)
250g condensed milk
about 50g shredded cheddar cheese, I used Bega

Method
Line a square 7 inch loose bottom cake tin lined with baking paper.
Whip cream cheese until light, add condensed milk, whip until well incorporated. Whip in whipping cream.
Arrange plain biscuits on the base of the cake tin, spread a layer of the whip cream condensed milk and cream cheese mix, alternate with choc marie and keep on layering till you use up all the cream mix.
I crushed the top of the cake with plain biscuits and then scatter shredded cheese on top.
Cover with a cling film, and chill in the fridge for at least one night.
 
 
Resepi bawah ni tak guna susu pekat manis, tapi ganti dengan gula. Dan ada penggunaan mentega kat situ.
 

MARIE CHEESE CAKE
 
Bahan-bahan
1 kotak Philadephia cheese (saiz kecil 250gm)
1 kotak Nestle Multipurpose Cream
125gm majerin Buttercup
½ cawan gula halus – boleh kurangkan sukatan jika tak nak manis sangat
Roti Marie (saiz kecil) secukupnya

Cara-cara
1.     Campurkan Philadhepia cheese, majerin dan gula halus dan putar hingga kembang.
2.    Bila sudah sebati, masukkan Nestle Multipurpose Cream dan gaul rata
 
3. Susun roti Marie ke dalam acuan kek (guna bekas plastik pun boleh gak..) dan lapiskan dengan adunan keju tadi.  Buat seperti kek lapis.


4.   Simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. –Ini membolehkan krim tadi mengeras.

Friday, November 1, 2013

Lontong dan kuah lodeh

Menu lunch hari ni.....lontong.... Kekanda tetiba menyebut tak nak buat lontong ker.....kobis banyak dan nasi impit segera pun ada...selalu orang buat sarapan tapi suka hatiku nak masak untuk lunch cum tea....

Boleh la kak....tolong potong sayur yer.....

Untuk kuah lodeh ni, rata2nya orang tak tumis bawang, udang kering atau bilis, semuanya terus lebur jer... tapi kalini saya tumiskan bawang, udang kering, serbuk kunyit, lengkuas yang dikisar halus, serai dan 2 sb cili boh sehingga pecah minyak....dan naik bau. Minyak tumis tu letak sikit jer. Malas nak buat sambal mulanya...sedap beb....takde la rasa macam gulai lemak sangat...

Resepi dari blog mat gebu.

BAHAN KUAH LODEH :-)

5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang kecik, kupas dan potong jejari
3/4 batang lobak merah, kupas dan potong jejari
1/4 bahagian kobis, hiris
2 keping fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, dipotong dadu
2 keping tauhu, dipotong dadu - takde stok
1 cekak soo hoon, dipotong pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

BAHAN LONTONG :-)

Nasi impit, kalau yg kecil belah la dua ke....empat ke...
Sambal tumis @ Kuah kacang, Serunding
Telur rebus, kupas dan belah 2

CARA MEMBUATNYA :-)

KUAH LODEH :- 

Udang kering ditumbuk, masukkan ke dalam periuk bersama2 lobak merah, sengkuang, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe.

Tuang santan cair, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan fucuk, kiub ikan bilis, kacang panjang dan kobis, biar mendidih perlahan, jika kuah kurang tambah air.

Masukkan soo hoon dan tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan selama 2-3 minit sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK LONTONG :- 

Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, cedok kuah bersama isi2nya sekali, letak kan telur dan hidangkan bersama sambal tumis atau sambal kacang.....

Inila hasilnya.....apalagi...jom makan.....

Untuk sambal ni pulak saya buat cara paling sempoi.....saya blend 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, segenggam udang kering. Pastu saya tumis tanpa minyak bahan tadi bersama 6 sb cili boh ( cili kering yang dikisar halus) serta sebatang serai yang diketuk...... sekali sekala kacau supaya tak hangit. Agak2 dah kering skit airnya, masukkan minyak. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Tambah garam, gula dan 3 sb air asam.jawa. Masak hingga sebati.....kecilkan api sebab sambal ni akan merecik2 (ala2 letupan kecil gunung berapi gitu.....hehehe)

Tart coklat

Semalam dok mengemas kabinet kat dapur tu terpandang shell yang dibuat aritu.....banyak lagi. Kebetulan chocolate ganache utk topping cupcake aritu masih berbaki, mintak la tolong dengan kekanda singgah tesco beli buah sikit utk hiasan. 

Resepi shell

170gm marjerin atau butter 
50gm gula aising 
1 biji telur Gred C 
290gm tepung gandum 
1 sudu kecil esen vanilla 
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. 

Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. 

Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. 

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.  

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

CHOCOLATE GANACHE: 

450g Coklat - potong kecil (saya guna dark coklat - kalau guna coklat masakan rasanya kurang ummp...)
300g whipp/thick cream

- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair. 
- Sejukkan sebelum di masukkan dalam piping bag dan paipkan dalam shell. 

Buat banyak-banyak dan simpan. Tahan berbulan. Boleh divariasikan utk cheese tart ke....fruit tart ke...chocolate tart ker....

Paipkan coklat ganache yg dah sejuk tu ke atas shell

Nak bagi nampak menarik Dan lebih menyelerakan hias dengan buah2an kegemaran...

Kalau nak buah nampak berkilat....boleh sapu dengan aprikot glace dll...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...