Friday, September 21, 2018

Macaroni bakar dengan sos putih (bechamel sauce)


Ceritera 2 minggu lepas rasanya...lambat baru dan nak update....ni orang tempah untuk tetamu yang datang merisik anak daranya....jadi takde la nak nampak isi dalamnya....nak ambil gambar step by step pun tak terstep....sebab selain macaroni ni dia request set pulut kuning dan roti jala juga...


Baked Macaroni with White Sauce

Bahan-bahannya

untuk sos putih

5 sb tepung gandum
4 sb mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
3 1/2 cawan susu segar

Parutan keju mozarella dan cheddar secukupnya


Untuk daging

400 gm daging cincang
6 biji tomato (cincang @ kisar tanpa air)
1 biji bawang besar - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
5 helai daun salam
1 sk oregano (flake)
1 sk parsley (flake)
Garam, gula dan lada hitam secukup rasa
1 biji cili benggala potong kiub
1 paket cendawan butang hiris nipis
1 batang lobak merah potong kiub
Minyak zaiton untuk menumis

3 cawan makaroni (rebus hingga lembut ikut arahan di pembalut)

Cara-caranya

Untuk sos putih

Cairkan mentega, masukkan tepung dan goreng hingga nampak buih2. Tuangkan susu sejuk dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Perisakan dengan garam, lada hitam secukup rasa. Kacau selalu supaya tidak bergumpal.

Masak hingga adunan memekat.

Untuk daging

Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan daging dan masak lebih kurang 15 minit dengan api sederhana. Masukkan tomato dan perisakan dengan bahan2 lain dan garam, gula serta lada hitam secukup rasa. Biarkan mendidih dan tomato sebati dengan masakan. Tutup api, pastikan masakan tidak terlalu kering.

Sediakan loyang

Tuangkan daging hingga menutup loyang atas bekas yang digunakan. Kemudian tuang makaroni diikuti sos putih. Tabur permukaan sos putih dengan parutan keju.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C sehingga permukaannya keperangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...