Tuesday, January 2, 2018

Ikan goreng berlada


Ikan Goreng Berlada menu tengahari ni.....seronok membayangkan saya  sebagai suri rumah sepenuh masa.... Sediakan makanan untuk keluarga....hantar dan ambil anak2 ke sekolah.....duduk sama2 anak tengok homework dan ermmmmmm....macam2lah aktivitinya....sambil2 to penuhi tempahan makanan dan bercucuk tanam serba sedikit sebagai teraphy.

Sesekali layan verangan2 best jugak......cuti rehat satu hari untuk uruskan persekolahan hari pertama...😄😄😄.


Resepi ikan goreng berlada

5 ekor ikan sederhana (gaul kunyit dan garam - goreng, angkat dan tos)
*15 biji cili padi
1 batang serai diketuk
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1/2 sk pes asam jawa/2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk kasar *. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur/jawa serta perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan goreng dan gaul rata.  Sedia dihidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...