Thursday, January 18, 2018

Kek Buah Kukus


Akhirnya penantian mu berakhir jua...hehheheh....berbulan menunggu baru semalam selamat .sampai ketangan tuan punya baru dia...... Punya la bercinta nak buat sebab kena kukus lama tapi berbaloi......kejadiannya lembab...sedap gitew....terbaek resepi dari ladang ni.....ramai blogger lain guna resepi sama....azie kitchen, azlita....dll.


Kek Buah Kukus

Bahan :

225 gm Mentega
300 gm gula pasir
70 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A
1 sk vanilla essence

Bahan Ayak:

1 sk cream of tartar (saya tak letak)
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala

Cara :

Masakkan gula pasir sampai perang  dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar (suam2 kuku gitew).

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 8"x 8" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 3 - 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 3 - 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus dengan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji.

Nota:

Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.

Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...