Sunday, January 21, 2018

Buttermilk moist chocolate cake

Kek besday untuk si bongsu. Besday minggu lepas tapi minggu ni baru ada kesempatan dan kesihatan nak baking. Dok fikir nak buatkan baking kek apa....nak yang mudah2 jer....dan yang budak2 suka.


Tu la pilih kek ni....tak payah guna mixer...godek2 dengan senduk kayu jer. Kek ni nyaris2 tak menjadi....tengah bakar sekali oven padam.....adus....baru 30 minit....lembik lagi aduannya. Panik la kejap....alhamdulillah ada oven satu lagi...terus panaskan sekejap....lepas 10 minit keluarkan loyang dan pindahkan loyang kek tu ke dalam oven satu lagi. Bertapa jap depan oven....mengintai sambil doa jangan la kek bantat terencat. Alhamdulillah....elok kejadiaannya.


Tak sempat sejuk dah dideco....nak siapkan cepat sebab ramai pulak kengkawan anak2 datang lepak kat rumah hari ni.... Kalau nak tunggu sejuk betul nanti dah nak senja....balik pulak budak2 tu. Jadi la...ala kadar jer....happy jugak la si kecik tu...ngan kengkawan dia dan kakak dia makan kek.


Buttermilk Moist Chocolate Cake

*300 gm tepung gandum
100 gm serbuk chocolate
1 sk serbuk penaik
1/2 sk garam
400 gm gula perang
240 ml buttermilk (240 gm susu segar + 1 sb cuka, kacau dan biarkan 15 minit)
240 ml minyak
3 biji telur gred C
240 ml air panas


Ayak *. Satukan semua bahan kecuali air panas. Adun rata menggunakan whisker. Tambah air panas. Adun hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 170°C selama 1 jam (ikut kesesuaian oven masing2).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...