Thursday, January 18, 2018

ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Siap suda.....#rotimexico in da haus....anak2 xcited.....tunggu keluar oven....4 ketul dah selamat.....sedap sgt kata diorg....lebih sedap dari yg kat kedai.....alahai terharu ummi...hilang penat start baking dari balik opis tadi..

Mexican bun aka roti boy aka paparoti....ikut la nak letak nama apa....malam ni punya cerita....tadi kat opis teringin sangat nak malan roti boy ni kat cafe baru kat opis....bila sampai situ tengok sandwich dia macam menarik pulak......tak jadi beli roti boy beli chicken sandwich. Tapi dapat jugak la rasa roti boy dia sebab member opis beli...jadi pow dia jer sikit. Ermmmm...ada rasa keciwa skit la.....tak menepati citarasa roti boy sebenar....so pendekkan story malam ni buat sendiri guna resepi Diana @My Resipi  ....tak sedap pun takpe...sindri bikin....sindri makan....tapi sedap la pulak...makan panas2....last buat guna resepi sama 2014 rasanya...berzaman sudah...


ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.


# Bahan untuk Inti #
100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

# Bahan untuk Topping #

100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (saya dah kurangkan kuantiti serbuk nescafenya sebab sebelum ni buat saya rasa pahit sangat)
(secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam bancuhan kopi jika suka)
100 gram tepung gandum, diayak

# Bahan untuk Doh Manis #

500 gram tepung roti/tepung gandum, diayak
1 sb bread improver
75 gram gula kaster
1 sudu teh)garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram susu segar (kalau nak bancuh 20 gm susu tepung dengan 270 ml air pun boleh)
60 gram mentega, dilembutkan



Cara-cara :

Cara untuk Intinya :
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram(kali ni Nadz buat 15 gm setiap satu) dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping :

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Cara untuk Doh Manis :

Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster, bread improver dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


Cara untuk membuat Roti Boy :

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam. Pipe topping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga roti keperangan.

SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...