ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Tuesday, January 2, 2018
Ketam masak lemak cili padi dan peria tumis udang
Mood buat maintenance blog. Banyak la jugak pending post. Masakan ni tahun lepas masak....tapi kekadang dok simpan sebab network slow ke ...tak dan nak update ke...macam2 la alasannya.
Ketam masak lemak
6 ekor ketam (anggaran 1 1/2 kg)
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
1 inci ibu kunyit *
Cili padi dan cili masak secukupnya - ikut nak pedas mana *
3 mangkuk santan dari 1 1/2 biji kelapa
2 batang serai dititik
2 biji tomato belah 4
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Tumbuk lumat *. Satukan *, santan, serai dan asam gelugur. Masak hingga keluar asap....masukkan ketam. Dan masak hingga ketamberubah warna dan kuah mendidih. Ketika masak kacau selalu supaya santan tak pecah minyak ye. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan tomato dan tutup api selepas 2 minit.
Peria Tumis
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria saiz sederhana
300 gm udang saiz sederhana
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Peria dibelah 2, buang bahagian dalamnya, kemudian hiris nipis, rendam dalam air yang dicampur dengan sedikit garam. Rendam 15 minit, kemudian toskan. Udang dikupas kulit dan tinggalkan sedikit bahagian ekor (jika suka).
Cuci dan toskan. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum.
Masukkan udang, kacau rata dan masukkan peria, gaul rata2 dan tambah sesikit air. Kacau dan masak hingga peria lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment